Wednesday, 31 December 2014

MEROYAN : SIRI II

Jadikan malam ku lebih INDAH, jadikan siang ku lebih TERANG 
Biarkan bunga ku MEWANGI, selamanya....

Tetiba ya "MEROYAN" boleh menjadi episod bersiri. Dah nak buat guane kalau sekiranya ketidakpuasan hati menjadi raja sebuah negeri bernama nyawa. Nak tunjuk protes? Nak memberontak? Nakkan perhatian? Nakkan penghargaan? Tiada guna dan langsung tak bermakna kalau buat sekadar nak mengambil hati orang, nakkan pujian, nakkan orang memandang kita, nakkan orang merasa keberadaaan kita dan nak nak pulok orang itu adalah AKU??..huh memang idak laaaaa

Harab maklum..andai itu yang awak mahu daripada saya yang cantik lemah lembut gemalai bersopan santun bebudi pekerti inshaAllah masih dalam usaha untuk menjadi lebih baik, memang SALAH SILAP beso.

Saya tak suka dibodek sebab saya cukup menyampah untuk membodek, rasa macam nak muntah hijo merah kuning biru laut tengok manusia merendahkan diri semata-mata nak minta perhatian murahan. Saya jarang memuji orang sebab tidak mahu pujian itu memakan diri dan saya memang tidak minta untuk dipuji walaupun kekadang ia memang layak mendapat pujian kerana saya bukan sesiapa yang harus diberi puji yang bilamana pujian itu hanya membawa saya kepada takbur lupa diri dan akan merosakkan saya yang lemah ini. Saya tidak suka memberi perhatian sangat kepada sesiapa, tapi tidak bermakna saya tidak mengambil berat tentang dia, kerana saya lebih suka menjadi seperti angin bayu yang meniup lembut dan memberi nyaman dimana kehadiran saya tidak disedari tapi dirasai oleh dia. Tetapi jangan terlalu demand dengan angin bayu yang nyaman ini, sebab bila-bila masa ia mungkin berubah bertukar menjadi ribut taufan petir berdentum dentam kilat sambar menyambar dan barangkali mungkin boleh membawa kemusnahan yang dasyat. Jangan harab awak inginkan saya memandang awak, sekiranya awak sekadar memakai topeng kepuraan kura-kura semata-mata.  

Tiada guna kita mahukan perhatian orang kalau ia sekadar menyakitkan diri sendiri dan hati kita sekiranya kita tidak dihargai. Melemahkan jiwa dan sistem mental dan badan jer. Jangan jadi bodoh untuk memuaskan hati manusia. Bila orang tidak memandang, kita yang bengang. Maruah kita tercalar dan hati tak tenang duk siang malam memikir tentang orang. Orang-orang dan orang. Mengabiskan masa dan boras orang.

Dan yang paling penting cik adik sayang, kalau tak puas hati baik bertentang. Bior bertepuk tampar meja sampai berlubang. Jangan duk cerita al kisah sang kancil kat belakang. Dulu masa ada peluang kenapa nak sia-siakan. Sudah jauh tak terjangkau dek mata, baru nak melepaskan rasa dan geram.uishhh ingat saya heran kueh benderam. Uishh memang salah orang.

Jangan mudah berprasangka buruk. Jangan mudah nak salah faham. Jangan buat spekulasi haram. Jangan duk buat kesimpulan simpulan awal. Mungkin sekarang yang buruknya orang, tapi lambat laun akan pulang kepada tuan punya badan.

Dan tanya lah diri sendiri, untuk apa dan siapa itu semua. Tujuannya kemana. Kekal ke???

Sesungguhnya tiada yang kekal selamanya..selain DIA..ampun ya rabb

Dan sekarang aku yang meroyan dah tak tentu hala pasal..huwawaaahhhh....

  ...koi

Tuesday, 30 December 2014

MEROYAN : SIRI I

Sejujurnya..ku tak bisa..hidup tanpa ada KAMU aku gila..
Seandainya..aku bisa..mengulang kembali lagi CINTA kita

Sesubuh yang sunyi, maklum musim tengkujuh, bah merata tahun ni tapi jalan kebun masih selamat. Jalan kebun kalau nak banjir bukan kira tengkujuh ke bila ke..sepanjang tahun andai hujan lebat tak berenti dua jam pun dah boleh tenggelam dah pasu bunga aku.

Aku nak cite bab lain sebenonya pagi ni..bukan bab banjir..nak amik mood mengetuk keyboard ni bukan senang..nak praktis senaman jari pun payah, senaman lain so jangan ditanyalah pelaksanaaanya bagaimana..huwawawaaa...inshaAllah akan tetap dilaksanakan..yang penting niat dah ada..NIAT

Banjir paling hebat tahun ni..kampung aku tak banjir..tapi nak masuk ke sungai retang dah tak boleh. dah lima hari aku tak dapat call mak kat kampung. last aku dapat cakap dengan atikah bagitau air takde, elektrik takde jugak. aku siap tanya stok makanan ada lagi ke tak. katanya ada lagi. esoknya aku call semula dah tak dapat..ya Allah

Yang penting aku cuma harab ayah aku sihat. mak aku tak apa-apa. adik aku, atikah boleh jaga mak ayah aku. AMIN..doa subuh hari inshaAllah makbul.

OK. settled.

Ha..ni baru nk cerita ceriti mengenai tajuk diatas.."MEROYAN". sesubuh yang hening, hari yang sepatutnya hati kita tenang, lembut, segar, nyaman. syahdu, syukur, dilimpahi rahmat Allah Taala swt telah mengalami kecelaruan sedikit dengan kehadiran bunyi tong tang tong tang tong tang ting kat henpon wasap berasap aku. ya ku tau aku ni orang yang berkepentingan..huh, yo la tuh..dan biasanya andai menda alah itu berbunyi di awal pagi, mesti penting. dengan kedengaran bungi ting tong tang tersebut maka telah terjadi sekelumit pencemaran kekusyukan aku di pagi ni.

Dengan lembut, heheheh..suspen gitu.aku pun menyentuh si purple pink saya..bukak wasap..tengok..huhhhh..apa lagi la dia ni. dah kenapa pepagi ni cari aku. ko nak kutuk aku menda lagi la. apa yang tak puas hati nyer? hadui hai. tak pasal-pasal pepagi rezeki nak masuk mengeluh.

Mujur pagi, mujur dah solat subuh, mujur mood aku slow, mujur Tuhan bagi ketenangan dan rasional kat aku pagi ni, mujur aku tak melatah dan meroyan dan yang lebih penting mujur aku boleh SABAR..

"besar sangat ke salah saya sampai akak tak nak reply massage yang pernah saya send?"
"saya tau akak just contact fatin dan pernah pergi rumah dia kan?"
"just fatin saja akak ambil tau!!!"
"kalau akak geram dan marah sebab ihtifal tu, kami dah buat yang termampu untuk puaskan hati akak dan ustazah"
"akak sikit tak hargai apa yang kami buat!!!"
"akak still salahkan saya sebagai punca kekalahan!!"

(COPY PASTE FROM WASAP BERASAP)

Ha cer tengok, kira bilang berapa seruan dia bagi kat saya. berseru-seru menyebabkan seruan sepuluh jari jemari ku yang lembut dan runcing ini dengan pantas dan tangkas nak mereply dan sudah mahu meledakkan ayat-ayat CANTIK dan BERSERI saya dan ion-ion segala saraf di otak bekerjasama lalu bertindak dengan aktif sekali menyusun ayat. siap la ko kan..............n dot dot dot..

YA, saya sejujurnya mengaku itulah saya..suka nak menyusun ayat-ayat indah gemalai lembut mendayu-dayu lalu sentap menyentap.. itulah tindakan refleks aku yang lemah sangat iman ini. namun syukur, bila ku tanya semula pada diri yang hina ini....

"Apa ke pekdah kin ko layan menda alah ni? buat penat ko. bukan ko tak tau bagaimana kaedahnya budak ni?"

"Kalau ko layan apa yang ko dapat? Sakit hati? Sakit jiwa? Sakit badan? Nak? Banyak lagi kot menda lain ko nak pikir nak buat."

Ya..betul. maka tidak jadi la ku reply ayat-ayat cinta saya tapi..ku forward juga ke ena dan cikalin..hahahaha..nampak tak kat situ, bertanduk jugak jin tongcet kat kepala aku ni ha..macam dah nk insap ya? hampun..hampun


Kekadang kita tidak sedar apa kesalahan yang kita telah buat sehinggakan kita menyalahkan orang lain untuk mengcover kesilapan kita. 
Kekadang kita tak perasan kita buat salah, apabila ada yang ikhlas menegur, kita bengang. 
Kekadang kita salah faham kenapa orang melayan kita sedemikian rupa, tanpa kita fikir sejenak tentang diri sendiri. 
Kekadang kita lupa menelek membelek diri kita sendiri lalu dengan mudah kita menunding jari kepada orang lain. 

INGATAN TERSEBUT ADALAH KHAS DITUJUKAN UNTUK DIRI SENDIRI!!!

...koi



Thursday, 15 May 2014

EPISOD 4 - DI SUATU MALAM YANG HENING


Kruk..kreeekk..kuk..kek..kruuukkk..cruuutttt…uishhhh
Senak weh..berpeluh dingin kat dahi..naik bulu roma satu badan..meremang-remang dah ni..menahan-nahan..aduiii..ni yang tak tahan ni…bertahan bertahan and tahan tahan kin oiii..pukul brape ni..haduii
Glup..hati berdebar.. buka mata..tahan nafas..hempus perlahan..tarik nafas semula..dan hembus..tapi memang dah tak mampu tahan dah ni..mahu bersempur atas katil ni kang..aku mungkin boleh tahan bau dia (boleh tahan ke?) tapi lagi dua orang makhluk Allah ni boleh tahan ker..huhu..bergerak dan bertindak segera!!
“Eta..eta..weh teman aku pegi toilet..sakit perut beb..eh aku pegi dulu ko teman ek”. Tak menoleh. Buka pintu. Pecut 1000 meter. Muka bekerut. Dah nak terkincit dah. Tapi kenapa toilet macam jauh jer niiiii!!!
Huh..huh..lega..sunyi sepi..tap..tap. bunyi air kat sinki..hehehe macam tak hengat ape dah tadi. Seram sejuk lak aku..tetibaaa
“Kin, ko lama lagi ker? Aku kat luar ni”. Lega koi suara cikta.
Sambil menahan lazat membuang aku jawab, “Jap eta..sikit lagi eh”..senyap seketika.
“Kin..ko ok ker.jangan lama sangat.aku sorang-sorang kat luar ni”. Alahai kesian lak cikta. Aku pun sorang-sorang gak kat dalam ni. Tapi tak kan nak bedua lak. Bengong. Tapi isi perut aku nak keluar lagi..huhuhhhhh
“Ok. Kejap. Last push ni..”
Aku sorang kat dalam. Cikta sorang kat luar. Korang paham-paham jer laa kan. Dengan sunyi sepi semua orang belayar kelaut merah membiru menguning.  Aku dengan cikta..sorang tegak kat pintu besar toilet. Sorang lagi? Aii tak kan nak explain kan. Dalam bilik kecik membuat proses pemecerutan sisa-sisa yang tak sempat-sempat nak mengalir keluar pada keesokan harinya. Emergency. Parking  kat tempat paling tragis kalau dalam cerita seram. Wanted area. Adegan paling mendebarkan. Dengan panjutan air tetiba..huh sakit lak ulu hati aku!
Ok done..”Cikta aku dah siap. Jap aku kuor”. Aku lega konpem cikta pun lega.
Aku keluar dengan mantap dan lega sambil usap-usap perut tambah lenguh kat peha tambah perit sikit-sikit kat hujung-hujung perut. Standard la tu kalau dah cirit birit berair cair tak hengat. Fuh mengah saya.
Aku sengeh kat cikta. Cikta tak sengeh pun kat aku. Tak terase pun. Spek tak pakai. Tak brape nampak kat aku la tuh. Muka ngantuk plus takot-takot. Bukan cikta jer aku pun takot. Giler ko tak takot lepak kat tempat gini memalam buta ni. Aku jenguk kaki cikta. Sah dua kaki 10 jari. Kontot-kontot and montok-montok dan paling penting jejak simen. Konpem dah cikta. Risau jugok kot bawak orang lain lak masuk bilik. Lagi haru menghijau membiru..
Mekasih cikta. Bukan pintaku perut ku berputar-putar menunjal-nunjal nak memancut keluar. Sudah penat aku berperang menahan tapi takdir penentu ia mahu keluar juga malam itu.Maaf sesangat menyusahkan ko pada malam tersebut tapi episod ini akan ku kenang hingga akhir hayat aku. Muah muah muah untuk cikta..hehehe

Monday, 5 May 2014

Muallaf & Kita

Ustazah aku bagi tau setiap daripada kita wajib berdakwah dan mengajak orang bukan Islam untuk masuk Islam. 'Aku pernah ker ajak sesape ek masuk Islam? Macam takde jer..huh..' terdetik lak aku.

Ustazah aku sambung lagi, "Sekarang orang bukan Islam masuk Islam bukan disebabkan kita orang Islam. Kita orang Islam tidak menunjukkan ciri-ciri seorang Islam yang betul-betul Islam sehingga kita sendiri merasakan tidak layak untuk mengajak orang bukan Islam untuk masuk Islam. Mereka masuk Islam kerana kebenaran dan kehebatan Al Quran bukan kerana kita umat Islam. Sedangkan zaman Rasulullah dan para sahabat, orang kafir masuk Islam kerana keindahan akhlak Rasulullah dan sahabat serta umat Islam dan barulah mereka mengenal al Quran .

Kerana itulah orang-orang yang mahukan kita murtad dan meninggalkan Islam akan menyerang kita bukan dengan mempertikaikan kitab kita al Quran, memang mereka akan kalah teruk tetapi melalui baik sikap dan akhlak terpuji. Melayan dan menyatuni orang-orang Islam sehingga kita terpaut dengan sifat baik mereka dan ambil berat mereka lalu kita pun terpedaya dengan sikap itu. Lumrah manusia sukakan diri dilayan dengan baik dan di hormati. Malangnya sikap ini kurang diamali dikalangan kita umat Islam. Malah masyarakat antarabangsa mula melabel kita sebagai pengganas dan suka memberontak. Mereka tidak nampak kecantikan Islam melalui kita umat Islam.

Tapi, ramai orang bukan Islam masuk dan menjadi seorang Islam yang lebih baik daripada kita disebabkan kehebatan dan keindahan al-Quran itu sendiri. Malu kan kita. Orang-orang Islam kita murtad bukan kerana kitab mereka tapi layanan baik mereka tapi orang bukan Islam masuk Islam bukan kerana kita yang Islam ini tapi kitab kita, al-Quran. Itulah mukjizat besar kitab Allah ini.

Sama juga dengan kes muallaf. Bila ada orang bukan Islam masuk Islam, selain kita merasa gembira, kebanyakan daripada kita mahu mereka terus mengamalkan syariat Islam sepertimana yang kita buat. Ada yang suruh tutup aurat lengkap, solat lima waktu terus, mengaji sampai khatam. Padahal perkara-perkara tersebut tidaklah wajib bagi mereka sebab mereka dalam proses belajar. Sedangkan Nabi berdakwah mengukuhkan akidah percaya kepada kewujudan Allah di Mekah sahaja pun mengambil masa 13 tahun. Kita terlalu risau dengan muallaf ini sehinggakan semuanya perlu diajarkan sedangkan kita seperti buta melihat saudara seIslam kita yang telah lama hanyut dan lupa diri seorang Islam. Adakah kita pernah mengajak mereka kembali kepada Islam?"

Sekadar mengingati diri sendiri yang terlalu banyak kurangnya dengan ilmu. Ampuni aku Ya Allah..

koi...

  

Monday, 28 April 2014

ISNIN koi BERPUASA

Isnin hari sunat bepuasa. hari ni koi berpuasa. hari cantik dan tenang. hari dimulakan dengan tahajud. sujud ke lantai merendah diri. Maha suci Tuhanku yang Maha Tinggi dan dengan segala puji-pujian.

Lepas hantar derang ke klinik. balik. lepak bawah pokok ceri. sms cikta jap.

'Jom bekebun'

'Jom ngadap comp. untunglah'

'Aku dah ngadap semlm. 1 hari smp ke mlm. hr ni ngadap pkok. berendi aku dah gemok!'

'Untung..Untung. Ok bai Sibuuuuk!!..Hehe. Kunun'

'Untung tapi blm kayo!'

Selesai sms terus bekebun keban. belek-belek pokok ros aku, pokok cili, berendi, tomato, kobis, timun. lepas belek-belek, alihkan pegaga dalam bekas baru sebab nak guna pasu pegaga. so secara automatiknya pegaga kena beralih tempat. nak buang sayang.

Nah dah duduk tempat baru, pasu dia orang aku tanam si daisy. dah kesian sangat tengok daisy menyempit dalam bekas kecik dia. kena bagi ruang baru dan selesa. baru cun. pasu satu lagi aku tanam pokok ros ustazah bagi. tu pun kesian gak. dah la manja. pantang kena panas lembekkk...emmm leceh minah ni nak jaga. selesai.

Pastu tolong pokok satu lagi ni. akar dah terkeluar-kuor dah dari lubang bawahnyer. kurang tanah. ok angkat sama dia, tambah tanah separuh pasu. letak balik si purple ni. kembar putih dia menten lagi mengedik cun.

Ok. semua dah selesa duk rumah baru memasing. bagi minum sket secebuk dua. yang ros bagi makan. then parking tepi duduk diam-diam.

Aku termenung kejap. renung pokok aku satu-satu. ermmm dah banyak rupanya. hampir penuh kawasan dah. tak pe rumah sebelah ade lagi tanah. banyak lagi ruang.

Sms semula Cikta.Hehehehe

'Ok siap bekebun, kang betamb itam lak klo lma sgt..sj nk bg tau je. tau ko bz'

'Pastu msk2 anto le umah ptg satg..Bole aku bukak pose.haha'. hai reply lak cikta ni. bukan busy ker??

'Haah kn. aku pn buka pose ape ya ptg ni..'

'Sila sila anto..'

Masuk rumah. angkat wuduk and dhuha. ngadap laptop tengok blog darwa. adjust-adjust sket. praktik kan yang aku blajo semalam. bagi lebih cun..cun saje yer.

Tetiba tepon samsung cute aku bunyi.

"Assalamualaikum puan shikin".

"Waalaikumusalam, yer saya". aku jawb jer yer walaupun aku bukan puan lagi pun. tanda hormat kan. huhu

"Saya yang call semalam yang nak datang tu. saya kat gombak ni."

"Ooo yer. nak datang pukul brapa ni. pukul 2.30 boleh?"

"Ok. inshaallah boleh".

Sambung semula beblog. blog darwa dah berubah wajah. dah lawo kini dan akan selamanya. penat mata koi!!

Nengdongngdenggeng...';;'';;';;';'

Tepon aku laa bunyi lagi.

"Assalamualaikum" aku start dulu.

"Waalaikummusalam. saya ni shahrul. saya dah masuk jalan kebun ni. boleh bagi alamat tak?"

"Hah? bukan nak jumpe pukul 2.30 ker? Skang baru pukul 12."

"Betul tapi saya nak cari jalan dulu.takut nanti sesat."

"Oooo skang dah kat mana?"

"Skang kat depan kedai runcit. lepas traffic light tadi saya terus jer".

"Ok. ade nampak dewan orang ramai sebelah kiri tak? lepas dewan tu ade simpang batu 7 sebelah kiri. masuk simpang tu cari masjid sebelah kiri. lepas masjid ade simpang 4 selepas taman rakyat masuk lorong haji taib. 1000 meter dari simpang sebelah kanan akan jumpa jalan tannjung pahang, perumahan yang ada palang kuning merah, masuk perumahan tu kita no 8. datang jer la skang dah alang-alang ada kat area ni dah." hah lenguh koi menerang senapas.

"Ok cik shikin. kalau tak jumpa nanti saya call semula yer."

"Boleh. tak de hal. call ajer".

So tengahari attend orang macam biasa. masalah pun yang sama. ayat-ayat pun hampir sama. jadi koi pun terus kan menerang straight forward macam biasa. muka memang macam tak de perasaan. aku tau derang agak gerun beno nyer menengok aku yang becakap tak berenti. lancar dan padat. huh padat nyer. pastikan tak de isi penting yang tertinggal. yang datang ni orang negeri koi. tapi aku tak mention laa satu negeri dengan deme tu. orang bukan tau, saya kan guna bahasa jiwa bangsa.

Setelah semua nyer paham, keputusan tercapai. terpulang kepada deme la nak buat guane. janji semua document mesti ada dan syarat-syarat penting semua orang paham. selesai! hari sabtu register masuk. ok. bagus gak sebab baru dua bulan baby nyer. banyak masa dengan dia yang kita boleh attend. deme tu tanya aku boleh berubah ke idak anak deme. hadui soklan. aku pun macam biasa. aku kabo "berubah tak berubah bukan kita dapat tentukan. nak tengok berubah ker tidak time dia keluar esok. dah tentu-tentu duduk sini memang akan berubah sebab peraturan kami. tapi keluar sok kami tak boleh jamin. sama-sama laa kita tolong mana yang patut. kalau dia istiqamah dengan apa yang dia dah buat kat sini, inshaAllah. kalau tak kami pun tak bleh nak kata apa la ya. hidayah tu bukan milik kita".

Kenapa la soklan ni yang glamer. jenuh aku nak baca ayat yang sama untuk setiap orang yang tanya. tapi bagus gak. idak laa aku tercari-cari perkataan mana nak guna. copy paste ajer. cakap pun lancar sebab dah ready jawapan dah. soklan bocor. jawapan cair jer la.

Sambung blog darwa. makin lawo dah. berenti zohor kejap. sambung semula. pukul 3 dayah datang ngajo. ade test bebudak tu hari ni. rehat mata jap. siram pokok sambil borak dengan dayah pasal sukan rakyat jalan kebun. pung pang pong pong. ok kata sepakat membawa berkat. inform ustazah dalam wasap. ustazah setuju then on jer terus. senang.

Baru nak lepak sebelum solat asar, datang lak se van majlis agama Islam. kes mende plok kali ni. main redah jer deme ni idak nak mengekol aku dulu. ni mesti orang lain plok ni yang datang.

"Assalamualaikum" dua orang lelaki bagi salam. aku jawab pastu ajak masuk. jemput duduk.

"Kami dari team muallaf. sebelum ni saya berurusan dengan mija. tapi dia dah tak keje sini kan."

Ayat ni pun biasa aku dengar. ramai betul orang kenal mija. agak glamer minah ni. "Haah. dah lama dah. saya pun tak sempat dengan dia".

"Macam ni, kami ada satu kes muallaf ni...bla..bla..bla.....and bla..bla.." mamat yang agak hensem ni mula bercerita. muka ala-ala cina sket. dia ni muallaf gak kot. mata sepet. putih. rambut tegak. hidung tak berapa mancung. sesedang jer. tinggi dia ni. perut tak buncit. tak kawen lagi kot. tapi macam muda dari aku jer. tapi apesal aku sebuk sangat kalau dia muda dari aku pun kan. hahahaha macam biasa aku dah start analisis mamat ni. sekali harung jer laa kan. pakai spek dia ni. tapi kan macam tau-tau jer, dia terus tanggal spek dia time aku duk tengok dia. dia tau ker?? hihihih...hohohoho memang hensem mamat ni kalau tak pakai spek! gedikss...tapi nama masih tak tau sebab dia tak kenal kan pun diri dia tadi, ke aku yang tak perasan sebab duk sebuk tengok muka dia..hahahha..kalau la mamat ni muallaf memang fasih betul bahasa dia. ni yang tak sabar nak tanya nama ni. nampak macam gatai sangat kan. ishhh.. taubat beb taubat. tapi tak salah kan mengkagumi ciptaan tuhan. bukan nak buat aper pun kan. yo la tuhh!

Yang sorang lagi kawan dia ni ketara nyata dan jelas kemelayuan nyer. tak payah duk telek beria sangat laah.sama jer macam lelaki-lelaki tipikal melayu yang lain. macam pilih kasih. suka hati aku lah. selesai perbincangan kami, aku hulur name card aku supaya urusan seterusnya senang. dia pun hulur name card dia. terus aku baca. HASIF BIN JAFRI. ooo melayu tulen dan mungkin jawo campur cina sesikit kot. yang pasti bukan muallaf. emmm ok. inshaAllah memang kami akan jumpa lagi. mungkin minggu depan. kalau jodoh tak kan kemana kan.. :)

Then sebelum maghrib lak, kak sidah datang. aku mampu tolong apa yang patut jer. inshaAllah tolong orang dalam keadaan kesempitan ni dan memudahkan urusan orang Allah akan mudah kan urusan kita. yer. semoga Allah mudahkan urusan aku.

Buka puase. air milo dengan kuih keria dengan kuih sardin bebudak ni masak. boleh tahan sedap. tu rezeki aku hari ni. terus maghrib dan bersiap amik cikalin nak pegi hospital lak. janji pukul 8.

Alhamdulillah semua urusan hari ni mudah walaupun urusan di hospital tidak settle seperti sepatut nyer tapi sekurang-kurangnyer tidak lah meyakitkan hati aku dan aku tidak merungut-rungut. balik semula ke jalan kebun. isi perut kat uncle bob dengan cikalin. alhamdulillah kenyang. dan sekarang aku menaip menyiapkan cerita pada hari isnin aku.

Lepas ni mandi dan isyak dan tido sebab esok kita ade agenda lain plak...


koi...

Sunday, 27 April 2014

EPISOD 3 - Orang kampung & Chow Kit

Aku, cikta dan sue. sama-sama orang kampung. sue ni budak yang aku cerita yang satu kos dengan cikta yang berenti tu. tapi sempat gak laa kami lepak sama-sama sebelum dia blah terus dari UTMKL.

Pada satu petang yang damai di kuala lumpur, kami yang terang-terang budak kampung yang baru kenal hutan batu bata di kuala lumpur yang kami tak sangka akan terdampar kat bandaraya ibukota malaysia ni, mengambil keputusan bersama untuk keluar bersiar-siar. bersiar yer..emmmm

Maka dengan penuh yakin dengan muka nerd kami ni, kami pun keluar la dari pintu pagar utama UTM. siap pakai matrik kad lagi. ape ke skema sungguh. biasa laa budak baru kan. berdebor-debor weh. maklum orang kampung. cerita pasal KL ni memang glamer la kalau kat kampung aku. semua ngeri laaa. macam drama debu-debu kotaraya tu. tiap-tiap minggu ade ajer orang jahat kena tangkap dek polis. haa tak ke ngeri tu.

Kami takot nak naik bas. bas banyok jer. tapi kami bertiga pakat pandang jer laa. risau karang entah kemana plok dreber bas tu bawak kami yang cun ni. kot sesat tak reti nak balik semula. guane kan. kepala otak duk pikir pasal ramai orang jahat je kat KL ni. jadi nyer kami pun berjalan kaki beriringan menghala ke arah bandar laa konon nyer. padahal tak tahu pun mana ke bandar nyer. memang dah duduk bandar pun. nerd kan. muka memang skema tak leh nak blah!

Nak cari chow kit. hehehhe..tu laa tujuan kita orang. bijak kan. nak tengok chow kit guane. derang cakap chow kit dekat jer boleh jalan kaki. aku, cikta dengan sue pun duk cari chow kit ni mana. takde tulis pun kat mana-mana perkataan chow kit. heran gak ni. jalan dah jauh dah. rupa chow kit tak nampak gak. sampai kat trafik light simpang empat, kami dah risau. meeting sekejap kat lampu isyarat. keta jangan cite laaa. beratur panjang empat simpang. kalau ada 10 simpang mahu penuh semua agak nyer dengan keta. melampo busy KL ni..aiiii rase macam semua orang dalam keta duk perhati kami jer..agok perasan kan. adat laa kan orang kampung yang lawo!

"Weh mana kita nak pegi ni? mana chow kit nyer?". sue dah start risau nak hala kemana.

"Aku pun tak tahu. dah jauh ni kita jalan. kabo dekat jer tapi tak jumpa pun". aku pun dah lelah dah.

"Macam mana ni. kita nak jalan lagi ker. dah nak gelap ni. kang sesat kita ni." cikta lak nyampuk.

Ayat tiga sekawan yang nerd. maklum waktu gelap kalau kat kampung memang duk di rumah dah time gini. nak kena ceramah free dengan mak. tak daya aku!!

Oleh kerana kami ni takot, kami pun patah balik. karang tak ingat jalan balik UTM. ha naya. padahal jalan balik straight jer pun. orang kampung kan.

Sampai hostel yang hampir hujung dunia utm ni dah nak dekat maghrib. kaki aku dah lenguh-lenguh. huh boleh tahan senaman jalan kaki sepetang tersebut. walaupun baik untuk kesihatan, sungguh aku tak kan buat dah!


koi...

Saturday, 26 April 2014

Melawat Kawasan Jalan Kebun

6.40 am :  Weh aku lambat bangun!!!..tak dengar lalu henpon aku bunyi..huwawahaa..takde sape ketuk pintu bilik aku!! 

"Kasma, nape tak ketuk pintu aku, lambat dah aku ni." masih betelekung minah ni. dah siap solat lah tu.

"Lah, saya pun tak perasan. saya subuh dengan dia orang tadi."

"Ustazah datang ker subuh?"

"Tak de pun". 

"Ermmm yelah." aku blah ke toilet. buang hajat and ambik air sembahyang. 

Subuh selesai, golek-golek guling-guling jap, bau nasi goreng. minah ni masak nasi goreng. ok gak. sedap gak kasma ni masak. 

Kat dapur kasma sebuk dengan baju bajan dia. nak menyidai. pepagi buta ni. semangat sungguh. aku? hantor dobi klang jer. tak kuasa nak layan.

"Kak, jom makan." sambil on tv lepas selesai dengan baju bajan dia. ready nak santap jer dah.

"Jom." deras jer aku pepagi ni. rezeki jangan ditolak. 

8.00 am : kemas meja aku yang cantik ini. ada 2 lawatan hari ni. siapkan document untuk kasma attend sebab aku nak melawat kawasan hari ini..hehhee dah macam wakil rakyat lak.

8.15 am : cikgu ena sampai. hai awal lak ena hari ini. mesti tak makan lagi minah ni. 

"Assalamualaikum."

"Waalaikummusalam. ko sarap belum na. jom nasi goreng. kasma masak."

"Kasma masak?..wah bleh gak." aku ke dapur ambik sepinggan lagi.

"Nah." aku sua terus ke ena. boleh teman aku makan sekali.

"Alah kak shikin ni, ena boleh amik sendiri laa. tak yah amik kan pun." buat sopan konon. huh tak payah laa ena oiii.

"Lah bukan aku kena naik bukit bukau pun nak bagi ko nasi goreng. makan ajer la".

"Ena nyer claim dah hantar kan kak shikin. kak dayah bagi tau." sambil semak buku kehadiran guru derang.

"Haah, semalam katanyer. dia amik kan cek korang sekali".

"Dah hantar sini ker?"

"Belum lagi. ko tanya la kak dayah ko sendiri". mulut koi dah penuh nasi goreng lada hitam kasma. boleh tahan sodap. panas dalam nasi goreng ni.

"Assalamualaikum". panjang umur ko dayah. aku dengan ena jawab serentak. salam bagai dengan dayah.

"Nah ena. cek ko." 

"Haa..alhamdulillah. ena bukan apa nak cek ni cepat. orang yang handle umrah ena tu dah mintak duit. hari tu kata bulan 10 tetiba dah nak collect duit dah." 

"OOoo yer ke. ok la tu dah dapat." aku nyampuk.

Borak ala kadar dengan dayah, then dayah mintak diri sebab si suami nyer dah tunggu kat luor.

Aku sambung sembang dengan ena. dekat sejam gak kami melepak. kasma dah hilang masuk bilik. aku dengan ena memang tak boleh jumpa. mahu berejam-jam boleh becerita. aku buat rumusan cerita selama dua minggu ena tak datang darwa. mana tak lama. 

9.30 am : aku mandi, dhuha and melawo ala kadar. malas aku hari sabtu gini. cukup cun dah dengan baju muslimah labuh biru muda, seluor ala-ala jeans dengan tudung aku beli dengan kasma. ok done!

10.00 am : Famili hafizah sampai. kasma attend kejap dan kami pun blah. nak hantar fotostat ic kasma kat opis kelas memandu. hai bila ko nak dapat lesen kasma oii. boleh gak aku berehat sket. 

Sebelum keluar tadi, dapat call dari en kamarudin, kelana jaya. bagitau ada kes mualaf perempuan kena halau dengan suami dengan anak dua orang. ya Allah..sabor jer la koi. nak mintak jasa baik darwa tumpangkan sementara. aku kata aku kena inform ustazah dulu. try call ustazah, tak jawab lak. kemana lak ustazah pepagi ni. tu yang nak melawat kawasan ni. 

Settled part kasma, terus conner si kancil ke rumah ustazah. huh!! padan la tak angkat call aku. sebuk bekebun rupanyer. bersungguh-sunguh beno ni. 

"Ko nampak tak kasma, padan la tak angkat call aku! busy betul."

"Haah kak. paham dah laa. bersungguh ni nak lawan darwa."

Pon..Pon..si kancil mengaum. hahaha mengaum laa sangat..

Berpaling terus ustazah..sengeh

"Hohoho patut la saya call ustazah tak angkat. bz beno bekebun" selamba jer aku. salam pun aku tak bagi dah. keluar kancil terus sapa ustazah.

"Hehehhe..nak lawan darwa. ustazah dari subuh tadi lagi ni."

"Uishh lenjun. semangat sungguh". kasma pun teruja menengok ustazah. baju, tudung ustazah basah.

"Jom. sini panas. duduk sana la". ustazah ajak duduk.

"Wah!! melampo ni ustazah..lawo nyer. ish tak boleh jadi ni." terpandang aku ke ros ustazah dapat dari bekas student dia. aku dapat gak sepokok semalam. tapi ustazah ada 8 pokok!! jelezzz aku!!

"Ya Allah kak, cantik nyer!!" kasma jerit gak!! sama-sama laa kami terexcited. 

"Hehehhehehe. ustazah kan nak lawan darwa." ustazah bertambah-tambah sengeh nyer.

Aku dengan kasma parking dekat sejam gak dengan ustazah. ni la masalah nyer kalau borak dengan ustazah. akan berjangkit-jangkit macam-macam cerita. sembang campur-campur pasal darwa dan ros. komen-koman jap pastu kena blah. kalau tak akan lambat nak jenguk kawasan lain. hahahah..kawasan sangat!

11.00 am : Terus ke kedai fawzi. beli 2 ekor ayam, biskut dengan roti untuk aiman. nak hantar rumah cikalin. mintak cikalin masakkan untuk aiman and de geng esok. anak saudara aku tu kat tahfiz skang. bakal jadi ustaz aiman farhan. inshaAllah.

Singgah kejap jer rumah cikalin. bahaya lepak lama-lama. karang pukul brape lak aku nak begerak ke klang. mak ayah aku ada sini. nak pegi servis 'lancer' darwa lagi. hehehhe

Terus laju ke depan. eh brek jap. reverse semula. belok ke kanan. singgah rumah kak anum jap la yer kasma. dah alang-alang sehala. kasma no hal dia, ngikut jer koi. Nak menengok pokok ros aku yang aku bagi hadiah masa bestday kak anum. apa kabo la dia. teringin nak tengok dia. 

Elok-elok jer sampai, kak anum pun baru nak start bekebun. duk tengah pegang cangkul. lagi dasat dari ustazah kak anum ni. maklum la laman rumah dia lagi luas.

"Hai bekebun ke kak anum." aku sapa selepas bagi salam dan hulur tangan besalam. kasma pun.

"Baru jer nak mula ni ha. korang ni dari mana." terus ajer kak anum tanya.

"Dari rumah ustazah tadi. ustazah pun berkebun jugak kak anum". kasma tolong jawab. 

"Kak anum, mana pokok ros saya bagi?". terus aku tanya.

"Tuuuu" panjang muncung kak anum tunjuk kat dia.

"Wah!!! sehat nyer dia. parking tinggi tu. memang pilih kasih betul kak anum ni dengan pokok lain. melampo ni kak anum!". 

Hehehhe..dah macam penyakit berjangkit dah skang ni. aku bawak fenomena ker. semua duk pakat nak taman ros. aku pun tak sangka semua orang suka ros. aku tanam sebab darul wardah. Alhamdulillah..menda baik elok di jangkit-jangkit kan supaya bumi kita cantik berseri-seri seperti mawar yang berwarna-warni.

Lepas hantar kasma  ke darwa aku terus pecut ke klang. servis keta, makan ikan patin mak aku bawak and lepak dengan family aku!!!!! heyyyyyy!!!!


koi...

EPISOD 2 - Dictionary & Paper English

Malam Exam

First time exam kat UTMKL, semester 1. macam cepat beno tetiba nak exam dah. macam kena culture shock gak laa aku..blajo tak seberapa nak exam macam mana. subjek lak memang subjek 'kegemaran' aku. ENGLISH. huh memang suka sangat dengan subjek ni sampai amik dari semester 1 lagi.

Cikta pun sama. dia lagi suka subjek ni. punya la dia suka sampai baca dictionary. huh hebat kan kawan aku ni. disebabkan aku pun tak tau nak study mende untuk subjek best ni, aku pun just lepak-lepak kat tilam katil aku. pusing-pusing kiri dan kanan. tengok atas tengok bawah. tengok kanan semula then ternampak cikta tengak kusyuk menelaah dictionary dia sambil menelentang mengadap syiling.wow memang dasat!!!

"Eta, rajin nyer ko baca dictionary". saje nak ajak sembang kosong. puji la sket kan.

"Emmmm..". hai tu jer di balas nyer.

"Buat ape la ko susah-susah eta baca kamus bagai. kita ni kat universiti laa. bukan kat sekolah menengah lagi  dah. exam bleh bawak dictionary la." selamba jer aku bagitau. saja nak main-main kan. tak dek niat lain pun.

"Loh yer ker kin" tetiba cikta excited lak. terus mengiring ngadap aku. eh minah ni percaya ker.

"Betui la eta oii. takkan aku nak pedooh lak. boleh bawak masuk dewan sok.jangan risau.sebab tu la aku tak baca." dah alang-alang teruskan ajer laaa. heheheh muka kena selamba ok.

"Ko bior betui kin. aku memang malas nak study ni." kecik mata cikta pandang aku yang cun ni sebab tak pakai spek.

"Yer laa eta. eh eh ko ni, tak caya lak. kita kat u la". perut aku dah bergelora tahan gelok tersembur tengok cikta macam percaya cakap aku.tahan-tahan.

"Kalau gitu tak yah laa aku baca dah. buat penat aku jer. nape ko tak cakap awai-awai." hahahaha..aku dah tak mampu nak tahan perut dah ni.

"Aku tido dulu la klo gitu". Hah? percaya ker weh.aku lak cam terkedu.macam tak sampai hati lak aku kat cikta ni.

Agok-agok 5 minit kemudiannyer..

Tok..tok..tok!

"Ekin..kin"

Hoho..sapa lak cari aku memalam hari ni. macam glamer jer aku orang cari aku sampai ke bilik lalu ku bukak pintu.

"Hah ko noy. nape?"

"Ko tak tido lagi ker".

"Aku tengah tido la ni. ko tak nampok ker?" hehehe amik ko sebijik.

"Lepak ngan ko jap la. bosan duk bilik aku". minah enoy ni memang suka melepak kat bilik aku. ada satu hari tu siap angkut tilam bantal gebor nak tidur bilik aku. melampo dia ni.

"Meh la noy. ko tak study ker weh?" saja bebasi-basi.

"Ntah la aku nak study mende.nk membaca english. huawawaaa tak tau laa aku kin". sambil punggong melabuh ke tilam aku. budok pandai enoy ni tapi english sama level dengan aku jer.

"Weh-weh, ko nak dengor satu cite tak? heheheh..tak tahan nak gelok doh aku ni sesorang. rasa besaloh pun ade ni". aku cakap ala-ala berbisik yang tak brapa bisik pun. memek muka memang sesuai dengan scene sebabak ni. ala-ala makcik-makcik kat kampung aku bergosip dah aku ni..

"Hah, cite mende nyer. macam best jer nak gosip-gosip ni". suke beno enoy ni nak gosip. hantu betui

"Tadi kan aku bagi tau kat eta yang esok exam paper english kita boleh bawak kamus. aku main-main jer. ko tau, dia percaya aku cakap." aku start cite. bersungguh-sungguh supaya nampok real

"Yer ker?" aku angguk kepala dekat tujuh kali dengan laju sekali sambil tahan suara gelak aku.

"Hahhahahah. weh bior betul eta percaya?"

"Iyer..aku cakap kita ni kat universiti, bukan kat sekolah menengah dah. kamus boleh bawak! dia boleh percaya beb".

"Sampai hati ko kin kabo gitu ke eta." ayat macam kesian tapi dia gelok gak.hehehe

"Aku dah tak tahan nak cite. mujur ko ade. tapi kesian gak kat eta kan. mana aku tau dia nak percaya. aku main-main jer." huhuhuhu sambil kontrol suara jangan kuat sangat.nak pecah gelok dah ni.

"Ko ni, sian eta. tak pasal-pasal sok dia bawak nyer kamus kat dewan. hah aper cer. tak pasal-pasal lak kang". heh haa sudoh kan..kahkahkah aku dah tak tahan ni..

BUK!!!

"Amik ko kin!!!" seiring senada dengan bantal kat muka aku.tekejut koi.

"Ko tipu aku!!" kan betui suara cikta dasat. dah berapa seru dah kat situ.

"HAHAHAHA..mana aku tau ko percaya lak. aku main-main jer" hamburan gelok yang aku simpan terus aku lepaskan. huh lega sungguh urat perut aku. lapang

"Hantu ko kin!!!". tengok seruan lagi. macam mana la blok aku tak berhantu..banyak seruan.

Kami bertiga bergabung tenaga gelok puas.tak sangka cikta akan percaya ayat-ayat aku. moment yang sangat sweet!! Thanks Cikta..

koi...

Friday, 25 April 2014

Wak Kenali

"Nape lama tak datang Wak? Saya tunggu lama betul wak tak lalu sini. Ada sekali tu lalu Wak tak singgah pun." Aku menyapa Wak.

" Ko dah panggil bangla, buat apa aku nak datang lagi. Ni sebab isteri ustaz yang datang rumah, aku datang, kalau tak memang aku tak datang". Wak jawab. Uish sound straight kat aku. Tahu  lak dia aku panggil bangla.

"Eh..nape lak nyer. Saya panggil bangla tu sebab saya tunggu Wak tak datang-datang. Dah semak sangat takkan saya nak tunggu Wak jugak. Wak pun selalu nyer singgah tanya. Ni langsung takde. Merajuk dengan saya ke? Saya ada buat salah ker?". Muka still masam. Tak nampak dah gigi dua batang dia. Marah sungguh kot dengan aku.

"Aku memang dua tiga hari ni emosi. Aku dah jaga bersih sini, tetiba ko panggil bangla. Aku dah buat tempat ni bersih. Kalau tak mengenangkan ustaz dengan isteri ustaz aku memang tak datang." Wak tak pandang muka aku. Nampak sangat merajuk dengan aku. Emosi sungguh-sungguh ni beb.

"Lah kenapa pulak. Ada terasa dengan saya ker? Ke Wak marah kat saya pasal saya bagi 50 ringgit hari tu? Maaflah Wak saya memang tak tahu. Kalau buang pokok tu harga nyer 200 ringgit pun saya bayar. Saya mana laa tau bab-bab potong memotong ni semua." Aku teka jer. Dah memang aku tak tau. Mengaku jer la kan.

"Ko ingat senang ke keje potong lepas tu buang kat luar pagar tu. Aku bukan buang ajer, aku siap bersihkan plak kat luor tu. Kalau kat tempat lain mahu dekat 300 derang bayar. Lain kali jangan nak panggil aku potong pokok macam itu dah. Aku ngenang kan ustaz jer ni". Ting!! Memang tepat teka teki aku.

"Kalau sekali lagi bangla yang potong sini aku memang akan cakap dengan ustaz yang aku taknak datang sini dah". Mengugut lak Wak ni. Aduishh koi.

"Wak, bulan lepas saya ada pesan dekat ustaz untuk panggil Wak. Saya tunggu tapi Wak tak datang jugak. Kat sini ada program, terpaksa la saya panggil bangla. Takkan orang nak tengok semak rumput panjang-panjang kan". Slow jer suara aku terangkan kat Wak.

"Ko jangan risau la, aku takkan mengadu dengan ustaz pasal ko. Aku takkan cakap apa-apa". Ish dah lain macam jer Wak ni dah. Nak mengadu bagai kenapa plok.

"Wak, kalau Wak tak percaya cakap saya, Wak boleh tanya dengan ustaz. Memang saya ada pesan dengan ustaz. Mungkin ustaz tak jumpa Wak atau Wak yang tak jumpa ustaz." Aku try bersabar ni. Maklum bercakap dengan orang tua. Kena hormat. Hati orang tua tak sama macam hati beku aku!

"Aku buat keje ikhlas. Taknak balasan." Lah plok. Ada ajer jawapan Wak ni.

"Yer, saya tau. Tu pasal la saya tunggu jer Wak sebab Wak buat keje bagus. Bersih. Bangla tu buat tak sama macam Wak buat". Cubaan membeli jiwa Wak yang dah libang libu dengan aku. Huhu. Hampun.

"Macam ni Wak, ni dah salah paham dah ni. Tapi saya mintak maaf kalau Wak terasa hati dengan saya. Saya tak sengaja. Pasal bayaran tu memang saya tak tahu. Dulu masa mula-mula Wak potong saya tanya kan Wak nak berapa. Sebab saya memang tak tahu brapa yang nak kena bayar. Wak ingat kan? Saya tau Wak memang ikhlas nak bersih kat sini. Kalau Wak bagi tau kat saya pasal potong pokok tu brapa, saya memang akan bayar sebab saya tau Wak buat keje bagus sangat. Saya minta maaf ya Wak. Kira kita settled lah ya kat sini, Wak." Perlahan jer suara aku. Aku nampak Wak angguk kepala. Kira ok la tuh. Taknak panjang-panjang cite sebab aku memang dah agak Wak terasa dengan aku. Huhu

Sepetang bersama Wak Kenali..Alhamdulillah settled. Aku pun tak penin-penin dah dengan rumput yang semakin subur kat sini. Bukan senang nak menyenangkan hati semua orang. Wak, saya mintak maaf ya..




koi...
25 April 14



EPISOD 1 - Macam Best jer ada Blog Sendiri

Saya ni bukan lah terer sangat bab-bab menulis ni bagai. tapi disebabkan seorang kawan cum sahabat cum teman, maka saya pun try jer laaa.macam best jer kan ada blog sendiri.blog kita suka hati kita laa kan nak tulis apa janji tahu batas-batas yang WAJIB kita patuhi.

Saya ni memang banyak cerita tapi tak tau nak start part mana dulu. walaubagaimanapun disebabkan kawan cum sahabat cum teman itu yang punya angkara hingga saya pun tetiba ada blog sendiri, maka saya akan cerita tentang dia..nasib la cikta nak buat macam mana dah hang yang bagi idea kat aku kan.

Kenal dengan cikta sebab tersatu bilik masa kat UTMKL.(dah makin cantik yer UTMKL kita skang kan cikta, dulu..ermmm penat). Bilik no. 15 betui-betui depan tangga. Blok H, Fatimah Azzarah bukan blok hantu ok..tp cite hantu banyok..ishh ngeri.tu nanti kita cerita episod lain..Blok kami sebelah blok papan...huhu mujur kita tak parking blok K kan cikta...hehehe.aku sampai dah dekat maghrib kat bilik.habis kerabat, mak, akak, kak ipar, kawan akak aku, adik aku masuk bilik.dia and sorang lagi kawan bilik aku dah siap kemas barang.sorang lagi kawan aku tu dari kuantan.sama kos dengan cikta.tapi lepas 2 minggu berenti sebab tak dapat nak bawak kos tu.kalau pikir nak bawak memang tak larat  laa..aku dengan cikta pun bertahan ajer.

Cikta..sama tinggi jer ngan aku, sama kecik (dulu la skang aku mendahului angka timbangan), sama dari kampung,cikta perak aku pahang, sesama amik kos yang tak tentu hala kat UTM, main isi jer borang, cikta amik penilaian harta tanah, aku pengurusan teknologi, sesama tak berapa nak ada soul time blajo, sesama tak tahu hala tuju lepas blajo, sesama keje tak berapa nak relevan dengan kos, sesame gak tak sambung lepas diploma.

Duduk laa kami kat hostel setahun. disebabkan kami 'sangat aktif' di hostel maka, tahun kedua kami bepindah ke rumah sewa. menyewa la kami di setiawangsa. dekat sejam gak la kalau nak pegi kelas.sempat laa mengigau dua tiga cite dalam bus interakota. duduk rumah sewa 9 orang. rumah selesa beso begaung. kami duduk sebilik gak dengan dua orang lagi kawan sekos dengan aku.

Cikta ni pendiam tapi peramah orang nyer. serius weh sangat sopan santun berbudi bahasa.cakap lembut jer.kalau kat talipon haduiii memang...ayu.hormat orang tua. cikta suka layan orang-orang tua berborak.boleh jadi menantu yang baik.inshaAllah. selalu berbaik sangka dengan orang. selalu mengingatkan aku ni ha..huh aku ni alpa sket orang nyer. tak brape banyak cakap sangat, tapi....berhati-hati la time dia tetiba ade mood nak bercakap banyak. ada la tu angin berpusing puting beliung mana yang akan datang. sekali dia keluar sound effect dia boleh penin beb and ayat-ayat cikta boleh menusuk tembus terus ke hulu hati. makan dalam weh. habis limpa buah pinggang semua bergegar..boleh bayang sendiri la kan bagaimanakah keadaan nyer itu. tapi DIA SANGAT BAIK. SAHABAT YANG SANGAT BAIK. saya tak pernah ada kawan sebaik dia.moga persahabatan ini kekal ke akhir hayat..ameen


....cerita cikta akan bersambung di episod 2, 3 dan seterusnya


koi...
jumaat , 25 april 14