Ustazah aku sambung lagi, "Sekarang orang bukan Islam masuk Islam bukan disebabkan kita orang Islam. Kita orang Islam tidak menunjukkan ciri-ciri seorang Islam yang betul-betul Islam sehingga kita sendiri merasakan tidak layak untuk mengajak orang bukan Islam untuk masuk Islam. Mereka masuk Islam kerana kebenaran dan kehebatan Al Quran bukan kerana kita umat Islam. Sedangkan zaman Rasulullah dan para sahabat, orang kafir masuk Islam kerana keindahan akhlak Rasulullah dan sahabat serta umat Islam dan barulah mereka mengenal al Quran .
Kerana itulah orang-orang yang mahukan kita murtad dan meninggalkan Islam akan menyerang kita bukan dengan mempertikaikan kitab kita al Quran, memang mereka akan kalah teruk tetapi melalui baik sikap dan akhlak terpuji. Melayan dan menyatuni orang-orang Islam sehingga kita terpaut dengan sifat baik mereka dan ambil berat mereka lalu kita pun terpedaya dengan sikap itu. Lumrah manusia sukakan diri dilayan dengan baik dan di hormati. Malangnya sikap ini kurang diamali dikalangan kita umat Islam. Malah masyarakat antarabangsa mula melabel kita sebagai pengganas dan suka memberontak. Mereka tidak nampak kecantikan Islam melalui kita umat Islam.
Tapi, ramai orang bukan Islam masuk dan menjadi seorang Islam yang lebih baik daripada kita disebabkan kehebatan dan keindahan al-Quran itu sendiri. Malu kan kita. Orang-orang Islam kita murtad bukan kerana kitab mereka tapi layanan baik mereka tapi orang bukan Islam masuk Islam bukan kerana kita yang Islam ini tapi kitab kita, al-Quran. Itulah mukjizat besar kitab Allah ini.
Sama juga dengan kes muallaf. Bila ada orang bukan Islam masuk Islam, selain kita merasa gembira, kebanyakan daripada kita mahu mereka terus mengamalkan syariat Islam sepertimana yang kita buat. Ada yang suruh tutup aurat lengkap, solat lima waktu terus, mengaji sampai khatam. Padahal perkara-perkara tersebut tidaklah wajib bagi mereka sebab mereka dalam proses belajar. Sedangkan Nabi berdakwah mengukuhkan akidah percaya kepada kewujudan Allah di Mekah sahaja pun mengambil masa 13 tahun. Kita terlalu risau dengan muallaf ini sehinggakan semuanya perlu diajarkan sedangkan kita seperti buta melihat saudara seIslam kita yang telah lama hanyut dan lupa diri seorang Islam. Adakah kita pernah mengajak mereka kembali kepada Islam?"
Sekadar mengingati diri sendiri yang terlalu banyak kurangnya dengan ilmu. Ampuni aku Ya Allah..
koi...