Thursday, 1 January 2015

MISI PENINJAU BANJIR TEMERLOH, PAHANG

Sesuatu yang tak di sangka, seringkali mendatangi kita
Itukah suratan dalam kehidupan, atau hanya suatu kebetulan..

Tahun 2014, aku tutup dengan misi bantuan banjir dan group peninjau ke Temerloh, Pahang bersama geng DARWA.

"Kin, esok nak tak ikut pegi Temerloh, pasukan peninjau untuk bantuan banjir. Pukul 8.00 pagi sok" 
"Eh nak lah"
"Ye lah. kampung ko yer kin"
"Hehehe..teruk banjir ni ustazah, kampung saya pun kena gak tahun ni. api air semer putus bukan jalan jer"
"Kalau gitu buat kutipan kilat untuk kita beli barang nak bawak esok, ko bagitau la kat anak beranak ko mana yang bleh tolong sikit-sikit tu"
"Ok ustazah"
"Nanti listingkan sekali barang-barang penting kita nak bawak. senang petang nanti lepas asar kita pegi mydin beli barang"
"Ya, ustazah"


Panggilan telepon dari ustazah pagi 30/12/2014 yang telah merealisasikan satu lagi impian aku untuk turun ke padang dan menengok dengan mata sendiri bagaimana misi bantuan mangsa banjir. Guane laa mak ayah aku adik-adik aku..hadui

Aku pun dengan pantas mewasap berasapkan sesiapa yang aku rasa bleh menyumbang. bukan nak banyak pun. RM10 sorang pun ok la kan. alhamdulillah dapat la juga. tak banyak sikit. tapi bukan jumlah yang kita nilai..tapi sikap dan perangai manusia yang aku nampak terlalu berkira dalam nak buat baik. nak hulur bantuan, pertolongan pun nak berkira-kira. mungkin sebab bukan kita yang duduk dalam lumpur. masih duduk tidur berbaring atas menda empuk. berekon berkipas berselimut. bukan mak, ayah, suami, isteri, adik, abang, kakak, anak, buah hati, jantung, usus, pankreas yang duduk berair berendam lecah berbau hanyir, masih lagi boleh makan, minum, mandi, shoping, melepak bergembira, maka apa aku kesah kan. pedulik apa aku kan.

"Semalam opis akak pun collection jugak. dah bagi dah semalam. baju semua banyak gak lah. takpe la kin."
"Alah, akak dah bagi kat ekonsave semalam baju-baju. derang buat collection kat sana semalam. ko tak tau ke kin." 
"Semalam dah mintak, hari ni mintak lagi ke. banyak nyer nak bagi"

Itulah antara ayat-ayat cun yang aku dapat yang aku dengar masa nak mintak sumbangan. Dasat betul ayat derang. Nak bagi sedekah pun berkira. Hadui ngeri. Macam derang dah bagi RM10,000 dan boleh bagi kenyang semua mangsa banjir sampai banjir selesai. Dasat sungguh.

Mahal sungguh nilai sebuah SEDEKAH disisi Allah hinggakan hanya orang-orang terpilih sahaja yang akan mampu menghulur tanpa banyak bicara kerana ia hadir dari jiwa yang benar-benar luhur kerana ALLAH TAALA semata. Berbanggalah andaikata kita yang ALLAH pilih. InshaAllah








...koi

MEROYAN : SIRI III

"Depan mata akak just fatin jek lah yang baik, kami semua jahat kan!!!!"
"Siap nak cari kan kerja dan rumah sewa lagi!!!!!!"
"Selama saya ada kat darwa, akak langsung tak pernah nak hargai apa yang saya buat kan!!!!!"
"baguslah!!!!"

Ini adalah siri sambungan wasap berasap dia tersebut. Mengucap panjang aku time baca wasap ni. Nak bengang macam tak berapa nak bengang, nak marah pun idak juga tapi munkgin lebih banyak nyer kesian. Terlalu negative, terlalu mengharab, terlalu buruk sangka, terlalu cepat lupa.

Aku tak reply sampai sekarang. Tak jugak nak block dari senarai contact aku. Nak tengok jugak sejauh mana tindakan seterusnya kerana aku jugak ada plan strategi untuk mengempakkan dan memeriahkan lagi drama sebabak ni. Alang-alang dia menyua-yua nak jadi watak utama, mungkin nak menang anugerah  pelakon berani bertindak, aku jadi pelakon tambahan sipian sudahlah..

Disebabkan nama fatin yang diulang tayang banyak kali, maka fatin yang kucari untuk start pasang strategi. Bertindak bior bersistem, jangan main redah jer..Jadi kita tunggu laa babak seterusnya nanti..huwawaaaahaaaaaaaaaa..hampun


...koi