Kruk..kreeekk..kuk..kek..kruuukkk..cruuutttt…uishhhh
Senak
weh..berpeluh dingin kat dahi..naik bulu roma satu badan..meremang-remang dah
ni..menahan-nahan..aduiii..ni yang tak tahan ni…bertahan bertahan and tahan
tahan kin oiii..pukul brape ni..haduii
Glup..hati
berdebar.. buka mata..tahan nafas..hempus perlahan..tarik nafas semula..dan
hembus..tapi memang dah tak mampu tahan dah ni..mahu bersempur atas katil ni
kang..aku mungkin boleh tahan bau dia (boleh tahan ke?) tapi lagi dua orang
makhluk Allah ni boleh tahan ker..huhu..bergerak dan bertindak segera!!
“Eta..eta..weh
teman aku pegi toilet..sakit perut beb..eh aku pegi dulu ko teman ek”. Tak
menoleh. Buka pintu. Pecut 1000 meter. Muka bekerut. Dah nak terkincit dah.
Tapi kenapa toilet macam jauh jer niiiii!!!
Huh..huh..lega..sunyi
sepi..tap..tap. bunyi air kat sinki..hehehe macam tak hengat ape dah tadi.
Seram sejuk lak aku..tetibaaa
“Kin, ko
lama lagi ker? Aku kat luar ni”. Lega koi suara cikta.
Sambil
menahan lazat membuang aku jawab, “Jap eta..sikit lagi eh”..senyap seketika.
“Kin..ko ok
ker.jangan lama sangat.aku sorang-sorang kat luar ni”. Alahai kesian lak cikta.
Aku pun sorang-sorang gak kat dalam ni. Tapi tak kan nak bedua lak. Bengong. Tapi
isi perut aku nak keluar lagi..huhuhhhhh
“Ok. Kejap.
Last push ni..”
Aku sorang
kat dalam. Cikta sorang kat luar. Korang paham-paham jer laa kan. Dengan sunyi
sepi semua orang belayar kelaut merah membiru menguning. Aku dengan cikta..sorang tegak kat pintu besar
toilet. Sorang lagi? Aii tak kan nak explain kan. Dalam bilik kecik membuat
proses pemecerutan sisa-sisa yang tak sempat-sempat nak mengalir keluar pada
keesokan harinya. Emergency. Parking kat
tempat paling tragis kalau dalam cerita seram. Wanted area. Adegan paling
mendebarkan. Dengan panjutan air tetiba..huh sakit lak ulu hati aku!
Ok
done..”Cikta aku dah siap. Jap aku kuor”. Aku lega konpem cikta pun lega.
Aku keluar
dengan mantap dan lega sambil usap-usap perut tambah lenguh kat peha tambah
perit sikit-sikit kat hujung-hujung perut. Standard la tu kalau dah cirit birit
berair cair tak hengat. Fuh mengah saya.
Aku sengeh
kat cikta. Cikta tak sengeh pun kat aku. Tak terase pun. Spek tak pakai. Tak
brape nampak kat aku la tuh. Muka ngantuk plus takot-takot. Bukan cikta jer aku
pun takot. Giler ko tak takot lepak kat tempat gini memalam buta ni. Aku jenguk
kaki cikta. Sah dua kaki 10 jari. Kontot-kontot and montok-montok dan paling
penting jejak simen. Konpem dah cikta. Risau jugok kot bawak orang lain lak
masuk bilik. Lagi haru menghijau membiru..
Mekasih
cikta. Bukan pintaku perut ku berputar-putar menunjal-nunjal nak memancut
keluar. Sudah penat aku berperang menahan tapi takdir penentu ia mahu keluar juga
malam itu.Maaf sesangat menyusahkan ko pada malam tersebut tapi episod ini akan
ku kenang hingga akhir hayat aku. Muah muah muah untuk cikta..hehehe