6.40 am : Weh aku lambat bangun!!!..tak dengar lalu henpon
aku bunyi..huwawahaa..takde sape ketuk pintu bilik aku!!
"Kasma, nape tak ketuk pintu aku,
lambat dah aku ni." masih betelekung minah ni. dah siap solat lah tu.
"Lah, saya pun tak perasan. saya
subuh dengan dia orang tadi."
"Ustazah datang ker subuh?"
"Tak de pun".
"Ermmm yelah." aku blah ke
toilet. buang hajat and ambik air sembahyang.
Subuh selesai, golek-golek guling-guling
jap, bau nasi goreng. minah ni masak nasi goreng. ok gak. sedap gak kasma ni
masak.
Kat dapur kasma sebuk dengan baju bajan
dia. nak menyidai. pepagi buta ni. semangat sungguh. aku? hantor dobi klang
jer. tak kuasa nak layan.
"Kak, jom makan." sambil on tv lepas selesai dengan baju bajan dia. ready nak santap jer dah.
"Jom." deras jer aku pepagi ni.
rezeki jangan ditolak.
8.00 am : kemas meja aku yang cantik ini.
ada 2 lawatan hari ni. siapkan document untuk kasma attend sebab aku nak
melawat kawasan hari ini..hehhee dah macam wakil rakyat lak.
8.15 am : cikgu ena sampai. hai awal lak
ena hari ini. mesti tak makan lagi minah ni.
"Assalamualaikum."
"Waalaikummusalam. ko sarap belum na.
jom nasi goreng. kasma masak."
"Kasma masak?..wah bleh gak."
aku ke dapur ambik sepinggan lagi.
"Nah." aku sua terus ke ena.
boleh teman aku makan sekali.
"Alah kak shikin ni, ena boleh amik
sendiri laa. tak yah amik kan pun." buat sopan konon. huh tak payah laa
ena oiii.
"Lah bukan aku kena naik bukit bukau
pun nak bagi ko nasi goreng. makan ajer la".
"Ena nyer claim dah hantar kan kak
shikin. kak dayah bagi tau." sambil semak buku kehadiran guru derang.
"Haah, semalam katanyer. dia amik kan
cek korang sekali".
"Dah hantar sini ker?"
"Belum lagi. ko tanya la kak dayah ko
sendiri". mulut koi dah penuh nasi goreng lada hitam kasma. boleh tahan
sodap. panas dalam nasi goreng ni.
"Assalamualaikum". panjang umur
ko dayah. aku dengan ena jawab serentak. salam bagai dengan dayah.
"Nah ena. cek ko."
"Haa..alhamdulillah. ena bukan apa
nak cek ni cepat. orang yang handle umrah ena tu dah mintak duit. hari tu kata
bulan 10 tetiba dah nak collect duit dah."
"OOoo yer ke. ok la tu dah
dapat." aku nyampuk.
Borak ala kadar dengan dayah, then dayah
mintak diri sebab si suami nyer dah tunggu kat luor.
Aku sambung sembang dengan ena. dekat
sejam gak kami melepak. kasma dah hilang masuk bilik. aku dengan ena memang tak
boleh jumpa. mahu berejam-jam boleh becerita. aku buat rumusan cerita selama
dua minggu ena tak datang darwa. mana tak lama.
9.30 am : aku mandi, dhuha and melawo ala
kadar. malas aku hari sabtu gini. cukup cun dah dengan baju muslimah labuh biru
muda, seluor ala-ala jeans dengan tudung aku beli dengan kasma. ok done!
10.00 am : Famili hafizah sampai. kasma
attend kejap dan kami pun blah. nak hantar fotostat ic kasma kat opis kelas
memandu. hai bila ko nak dapat lesen kasma oii. boleh gak aku berehat
sket.
Sebelum keluar tadi, dapat call dari en
kamarudin, kelana jaya. bagitau ada kes mualaf perempuan kena halau dengan
suami dengan anak dua orang. ya Allah..sabor jer la koi. nak mintak jasa baik
darwa tumpangkan sementara. aku kata aku kena inform ustazah dulu. try call
ustazah, tak jawab lak. kemana lak ustazah pepagi ni. tu yang nak melawat
kawasan ni.
Settled part kasma, terus conner si kancil
ke rumah ustazah. huh!! padan la tak angkat call aku. sebuk bekebun rupanyer.
bersungguh-sunguh beno ni.
"Ko nampak tak kasma, padan la tak
angkat call aku! busy betul."
"Haah kak. paham dah laa. bersungguh
ni nak lawan darwa."
Pon..Pon..si kancil mengaum. hahaha
mengaum laa sangat..
Berpaling terus ustazah..sengeh
"Hohoho patut la saya call ustazah
tak angkat. bz beno bekebun" selamba jer aku. salam pun aku tak bagi dah.
keluar kancil terus sapa ustazah.
"Hehehhe..nak lawan darwa. ustazah
dari subuh tadi lagi ni."
"Uishh lenjun. semangat
sungguh". kasma pun teruja menengok ustazah. baju, tudung ustazah basah.
"Jom. sini panas. duduk sana
la". ustazah ajak duduk.
"Wah!! melampo ni ustazah..lawo nyer.
ish tak boleh jadi ni." terpandang aku ke ros ustazah dapat dari bekas
student dia. aku dapat gak sepokok semalam. tapi ustazah ada 8 pokok!! jelezzz
aku!!
"Ya Allah kak, cantik nyer!!"
kasma jerit gak!! sama-sama laa kami terexcited.
"Hehehhehehe. ustazah kan nak lawan
darwa." ustazah bertambah-tambah sengeh nyer.
Aku dengan kasma parking dekat sejam gak
dengan ustazah. ni la masalah nyer kalau borak dengan ustazah. akan
berjangkit-jangkit macam-macam cerita. sembang campur-campur pasal darwa dan
ros. komen-koman jap pastu kena blah. kalau tak akan lambat nak jenguk kawasan
lain. hahahah..kawasan sangat!
11.00 am : Terus ke kedai fawzi. beli 2
ekor ayam, biskut dengan roti untuk aiman. nak hantar rumah cikalin. mintak
cikalin masakkan untuk aiman and de geng esok. anak saudara aku tu kat tahfiz
skang. bakal jadi ustaz aiman farhan. inshaAllah.
Singgah kejap jer rumah cikalin. bahaya
lepak lama-lama. karang pukul brape lak aku nak begerak ke klang. mak ayah aku
ada sini. nak pegi servis 'lancer' darwa lagi. hehehhe
Terus laju ke depan. eh brek jap. reverse
semula. belok ke kanan. singgah rumah kak anum jap la yer kasma. dah
alang-alang sehala. kasma no hal dia, ngikut jer koi. Nak menengok pokok ros
aku yang aku bagi hadiah masa bestday kak anum. apa kabo la dia. teringin nak
tengok dia.
Elok-elok jer sampai, kak anum pun baru
nak start bekebun. duk tengah pegang cangkul. lagi dasat dari ustazah kak anum
ni. maklum la laman rumah dia lagi luas.
"Hai bekebun ke kak anum." aku
sapa selepas bagi salam dan hulur tangan besalam. kasma pun.
"Baru jer nak mula ni ha. korang ni
dari mana." terus ajer kak anum tanya.
"Dari rumah ustazah tadi. ustazah pun
berkebun jugak kak anum". kasma tolong jawab.
"Kak anum, mana pokok ros saya
bagi?". terus aku tanya.
"Tuuuu" panjang muncung kak anum
tunjuk kat dia.
"Wah!!! sehat nyer dia. parking
tinggi tu. memang pilih kasih betul kak anum ni dengan pokok lain. melampo ni
kak anum!".
Hehehhe..dah macam penyakit berjangkit dah
skang ni. aku bawak fenomena ker. semua duk pakat nak taman ros. aku pun tak
sangka semua orang suka ros. aku tanam sebab darul wardah. Alhamdulillah..menda
baik elok di jangkit-jangkit kan supaya bumi kita cantik berseri-seri seperti
mawar yang berwarna-warni.
Lepas hantar kasma ke darwa aku
terus pecut ke klang. servis keta, makan ikan patin mak aku bawak and lepak
dengan family aku!!!!! heyyyyyy!!!!
koi...