Saturday, 26 April 2014

Melawat Kawasan Jalan Kebun

6.40 am :  Weh aku lambat bangun!!!..tak dengar lalu henpon aku bunyi..huwawahaa..takde sape ketuk pintu bilik aku!! 

"Kasma, nape tak ketuk pintu aku, lambat dah aku ni." masih betelekung minah ni. dah siap solat lah tu.

"Lah, saya pun tak perasan. saya subuh dengan dia orang tadi."

"Ustazah datang ker subuh?"

"Tak de pun". 

"Ermmm yelah." aku blah ke toilet. buang hajat and ambik air sembahyang. 

Subuh selesai, golek-golek guling-guling jap, bau nasi goreng. minah ni masak nasi goreng. ok gak. sedap gak kasma ni masak. 

Kat dapur kasma sebuk dengan baju bajan dia. nak menyidai. pepagi buta ni. semangat sungguh. aku? hantor dobi klang jer. tak kuasa nak layan.

"Kak, jom makan." sambil on tv lepas selesai dengan baju bajan dia. ready nak santap jer dah.

"Jom." deras jer aku pepagi ni. rezeki jangan ditolak. 

8.00 am : kemas meja aku yang cantik ini. ada 2 lawatan hari ni. siapkan document untuk kasma attend sebab aku nak melawat kawasan hari ini..hehhee dah macam wakil rakyat lak.

8.15 am : cikgu ena sampai. hai awal lak ena hari ini. mesti tak makan lagi minah ni. 

"Assalamualaikum."

"Waalaikummusalam. ko sarap belum na. jom nasi goreng. kasma masak."

"Kasma masak?..wah bleh gak." aku ke dapur ambik sepinggan lagi.

"Nah." aku sua terus ke ena. boleh teman aku makan sekali.

"Alah kak shikin ni, ena boleh amik sendiri laa. tak yah amik kan pun." buat sopan konon. huh tak payah laa ena oiii.

"Lah bukan aku kena naik bukit bukau pun nak bagi ko nasi goreng. makan ajer la".

"Ena nyer claim dah hantar kan kak shikin. kak dayah bagi tau." sambil semak buku kehadiran guru derang.

"Haah, semalam katanyer. dia amik kan cek korang sekali".

"Dah hantar sini ker?"

"Belum lagi. ko tanya la kak dayah ko sendiri". mulut koi dah penuh nasi goreng lada hitam kasma. boleh tahan sodap. panas dalam nasi goreng ni.

"Assalamualaikum". panjang umur ko dayah. aku dengan ena jawab serentak. salam bagai dengan dayah.

"Nah ena. cek ko." 

"Haa..alhamdulillah. ena bukan apa nak cek ni cepat. orang yang handle umrah ena tu dah mintak duit. hari tu kata bulan 10 tetiba dah nak collect duit dah." 

"OOoo yer ke. ok la tu dah dapat." aku nyampuk.

Borak ala kadar dengan dayah, then dayah mintak diri sebab si suami nyer dah tunggu kat luor.

Aku sambung sembang dengan ena. dekat sejam gak kami melepak. kasma dah hilang masuk bilik. aku dengan ena memang tak boleh jumpa. mahu berejam-jam boleh becerita. aku buat rumusan cerita selama dua minggu ena tak datang darwa. mana tak lama. 

9.30 am : aku mandi, dhuha and melawo ala kadar. malas aku hari sabtu gini. cukup cun dah dengan baju muslimah labuh biru muda, seluor ala-ala jeans dengan tudung aku beli dengan kasma. ok done!

10.00 am : Famili hafizah sampai. kasma attend kejap dan kami pun blah. nak hantar fotostat ic kasma kat opis kelas memandu. hai bila ko nak dapat lesen kasma oii. boleh gak aku berehat sket. 

Sebelum keluar tadi, dapat call dari en kamarudin, kelana jaya. bagitau ada kes mualaf perempuan kena halau dengan suami dengan anak dua orang. ya Allah..sabor jer la koi. nak mintak jasa baik darwa tumpangkan sementara. aku kata aku kena inform ustazah dulu. try call ustazah, tak jawab lak. kemana lak ustazah pepagi ni. tu yang nak melawat kawasan ni. 

Settled part kasma, terus conner si kancil ke rumah ustazah. huh!! padan la tak angkat call aku. sebuk bekebun rupanyer. bersungguh-sunguh beno ni. 

"Ko nampak tak kasma, padan la tak angkat call aku! busy betul."

"Haah kak. paham dah laa. bersungguh ni nak lawan darwa."

Pon..Pon..si kancil mengaum. hahaha mengaum laa sangat..

Berpaling terus ustazah..sengeh

"Hohoho patut la saya call ustazah tak angkat. bz beno bekebun" selamba jer aku. salam pun aku tak bagi dah. keluar kancil terus sapa ustazah.

"Hehehhe..nak lawan darwa. ustazah dari subuh tadi lagi ni."

"Uishh lenjun. semangat sungguh". kasma pun teruja menengok ustazah. baju, tudung ustazah basah.

"Jom. sini panas. duduk sana la". ustazah ajak duduk.

"Wah!! melampo ni ustazah..lawo nyer. ish tak boleh jadi ni." terpandang aku ke ros ustazah dapat dari bekas student dia. aku dapat gak sepokok semalam. tapi ustazah ada 8 pokok!! jelezzz aku!!

"Ya Allah kak, cantik nyer!!" kasma jerit gak!! sama-sama laa kami terexcited. 

"Hehehhehehe. ustazah kan nak lawan darwa." ustazah bertambah-tambah sengeh nyer.

Aku dengan kasma parking dekat sejam gak dengan ustazah. ni la masalah nyer kalau borak dengan ustazah. akan berjangkit-jangkit macam-macam cerita. sembang campur-campur pasal darwa dan ros. komen-koman jap pastu kena blah. kalau tak akan lambat nak jenguk kawasan lain. hahahah..kawasan sangat!

11.00 am : Terus ke kedai fawzi. beli 2 ekor ayam, biskut dengan roti untuk aiman. nak hantar rumah cikalin. mintak cikalin masakkan untuk aiman and de geng esok. anak saudara aku tu kat tahfiz skang. bakal jadi ustaz aiman farhan. inshaAllah.

Singgah kejap jer rumah cikalin. bahaya lepak lama-lama. karang pukul brape lak aku nak begerak ke klang. mak ayah aku ada sini. nak pegi servis 'lancer' darwa lagi. hehehhe

Terus laju ke depan. eh brek jap. reverse semula. belok ke kanan. singgah rumah kak anum jap la yer kasma. dah alang-alang sehala. kasma no hal dia, ngikut jer koi. Nak menengok pokok ros aku yang aku bagi hadiah masa bestday kak anum. apa kabo la dia. teringin nak tengok dia. 

Elok-elok jer sampai, kak anum pun baru nak start bekebun. duk tengah pegang cangkul. lagi dasat dari ustazah kak anum ni. maklum la laman rumah dia lagi luas.

"Hai bekebun ke kak anum." aku sapa selepas bagi salam dan hulur tangan besalam. kasma pun.

"Baru jer nak mula ni ha. korang ni dari mana." terus ajer kak anum tanya.

"Dari rumah ustazah tadi. ustazah pun berkebun jugak kak anum". kasma tolong jawab. 

"Kak anum, mana pokok ros saya bagi?". terus aku tanya.

"Tuuuu" panjang muncung kak anum tunjuk kat dia.

"Wah!!! sehat nyer dia. parking tinggi tu. memang pilih kasih betul kak anum ni dengan pokok lain. melampo ni kak anum!". 

Hehehhe..dah macam penyakit berjangkit dah skang ni. aku bawak fenomena ker. semua duk pakat nak taman ros. aku pun tak sangka semua orang suka ros. aku tanam sebab darul wardah. Alhamdulillah..menda baik elok di jangkit-jangkit kan supaya bumi kita cantik berseri-seri seperti mawar yang berwarna-warni.

Lepas hantar kasma  ke darwa aku terus pecut ke klang. servis keta, makan ikan patin mak aku bawak and lepak dengan family aku!!!!! heyyyyyy!!!!


koi...

No comments:

Post a Comment