Pada satu petang yang damai di kuala lumpur, kami yang terang-terang budak kampung yang baru kenal hutan batu bata di kuala lumpur yang kami tak sangka akan terdampar kat bandaraya ibukota malaysia ni, mengambil keputusan bersama untuk keluar bersiar-siar. bersiar yer..emmmm
Maka dengan penuh yakin dengan muka nerd kami ni, kami pun keluar la dari pintu pagar utama UTM. siap pakai matrik kad lagi. ape ke skema sungguh. biasa laa budak baru kan. berdebor-debor weh. maklum orang kampung. cerita pasal KL ni memang glamer la kalau kat kampung aku. semua ngeri laaa. macam drama debu-debu kotaraya tu. tiap-tiap minggu ade ajer orang jahat kena tangkap dek polis. haa tak ke ngeri tu.
Kami takot nak naik bas. bas banyok jer. tapi kami bertiga pakat pandang jer laa. risau karang entah kemana plok dreber bas tu bawak kami yang cun ni. kot sesat tak reti nak balik semula. guane kan. kepala otak duk pikir pasal ramai orang jahat je kat KL ni. jadi nyer kami pun berjalan kaki beriringan menghala ke arah bandar laa konon nyer. padahal tak tahu pun mana ke bandar nyer. memang dah duduk bandar pun. nerd kan. muka memang skema tak leh nak blah!
Nak cari chow kit. hehehhe..tu laa tujuan kita orang. bijak kan. nak tengok chow kit guane. derang cakap chow kit dekat jer boleh jalan kaki. aku, cikta dengan sue pun duk cari chow kit ni mana. takde tulis pun kat mana-mana perkataan chow kit. heran gak ni. jalan dah jauh dah. rupa chow kit tak nampak gak. sampai kat trafik light simpang empat, kami dah risau. meeting sekejap kat lampu isyarat. keta jangan cite laaa. beratur panjang empat simpang. kalau ada 10 simpang mahu penuh semua agak nyer dengan keta. melampo busy KL ni..aiiii rase macam semua orang dalam keta duk perhati kami jer..agok perasan kan. adat laa kan orang kampung yang lawo!
"Weh mana kita nak pegi ni? mana chow kit nyer?". sue dah start risau nak hala kemana.
"Aku pun tak tahu. dah jauh ni kita jalan. kabo dekat jer tapi tak jumpa pun". aku pun dah lelah dah.
"Macam mana ni. kita nak jalan lagi ker. dah nak gelap ni. kang sesat kita ni." cikta lak nyampuk.
Ayat tiga sekawan yang nerd. maklum waktu gelap kalau kat kampung memang duk di rumah dah time gini. nak kena ceramah free dengan mak. tak daya aku!!
Oleh kerana kami ni takot, kami pun patah balik. karang tak ingat jalan balik UTM. ha naya. padahal jalan balik straight jer pun. orang kampung kan.
Sampai hostel yang hampir hujung dunia utm ni dah nak dekat maghrib. kaki aku dah lenguh-lenguh. huh boleh tahan senaman jalan kaki sepetang tersebut. walaupun baik untuk kesihatan, sungguh aku tak kan buat dah!
koi...
No comments:
Post a Comment