Monday, 28 April 2014

ISNIN koi BERPUASA

Isnin hari sunat bepuasa. hari ni koi berpuasa. hari cantik dan tenang. hari dimulakan dengan tahajud. sujud ke lantai merendah diri. Maha suci Tuhanku yang Maha Tinggi dan dengan segala puji-pujian.

Lepas hantar derang ke klinik. balik. lepak bawah pokok ceri. sms cikta jap.

'Jom bekebun'

'Jom ngadap comp. untunglah'

'Aku dah ngadap semlm. 1 hari smp ke mlm. hr ni ngadap pkok. berendi aku dah gemok!'

'Untung..Untung. Ok bai Sibuuuuk!!..Hehe. Kunun'

'Untung tapi blm kayo!'

Selesai sms terus bekebun keban. belek-belek pokok ros aku, pokok cili, berendi, tomato, kobis, timun. lepas belek-belek, alihkan pegaga dalam bekas baru sebab nak guna pasu pegaga. so secara automatiknya pegaga kena beralih tempat. nak buang sayang.

Nah dah duduk tempat baru, pasu dia orang aku tanam si daisy. dah kesian sangat tengok daisy menyempit dalam bekas kecik dia. kena bagi ruang baru dan selesa. baru cun. pasu satu lagi aku tanam pokok ros ustazah bagi. tu pun kesian gak. dah la manja. pantang kena panas lembekkk...emmm leceh minah ni nak jaga. selesai.

Pastu tolong pokok satu lagi ni. akar dah terkeluar-kuor dah dari lubang bawahnyer. kurang tanah. ok angkat sama dia, tambah tanah separuh pasu. letak balik si purple ni. kembar putih dia menten lagi mengedik cun.

Ok. semua dah selesa duk rumah baru memasing. bagi minum sket secebuk dua. yang ros bagi makan. then parking tepi duduk diam-diam.

Aku termenung kejap. renung pokok aku satu-satu. ermmm dah banyak rupanya. hampir penuh kawasan dah. tak pe rumah sebelah ade lagi tanah. banyak lagi ruang.

Sms semula Cikta.Hehehehe

'Ok siap bekebun, kang betamb itam lak klo lma sgt..sj nk bg tau je. tau ko bz'

'Pastu msk2 anto le umah ptg satg..Bole aku bukak pose.haha'. hai reply lak cikta ni. bukan busy ker??

'Haah kn. aku pn buka pose ape ya ptg ni..'

'Sila sila anto..'

Masuk rumah. angkat wuduk and dhuha. ngadap laptop tengok blog darwa. adjust-adjust sket. praktik kan yang aku blajo semalam. bagi lebih cun..cun saje yer.

Tetiba tepon samsung cute aku bunyi.

"Assalamualaikum puan shikin".

"Waalaikumusalam, yer saya". aku jawb jer yer walaupun aku bukan puan lagi pun. tanda hormat kan. huhu

"Saya yang call semalam yang nak datang tu. saya kat gombak ni."

"Ooo yer. nak datang pukul brapa ni. pukul 2.30 boleh?"

"Ok. inshaallah boleh".

Sambung semula beblog. blog darwa dah berubah wajah. dah lawo kini dan akan selamanya. penat mata koi!!

Nengdongngdenggeng...';;'';;';;';'

Tepon aku laa bunyi lagi.

"Assalamualaikum" aku start dulu.

"Waalaikummusalam. saya ni shahrul. saya dah masuk jalan kebun ni. boleh bagi alamat tak?"

"Hah? bukan nak jumpe pukul 2.30 ker? Skang baru pukul 12."

"Betul tapi saya nak cari jalan dulu.takut nanti sesat."

"Oooo skang dah kat mana?"

"Skang kat depan kedai runcit. lepas traffic light tadi saya terus jer".

"Ok. ade nampak dewan orang ramai sebelah kiri tak? lepas dewan tu ade simpang batu 7 sebelah kiri. masuk simpang tu cari masjid sebelah kiri. lepas masjid ade simpang 4 selepas taman rakyat masuk lorong haji taib. 1000 meter dari simpang sebelah kanan akan jumpa jalan tannjung pahang, perumahan yang ada palang kuning merah, masuk perumahan tu kita no 8. datang jer la skang dah alang-alang ada kat area ni dah." hah lenguh koi menerang senapas.

"Ok cik shikin. kalau tak jumpa nanti saya call semula yer."

"Boleh. tak de hal. call ajer".

So tengahari attend orang macam biasa. masalah pun yang sama. ayat-ayat pun hampir sama. jadi koi pun terus kan menerang straight forward macam biasa. muka memang macam tak de perasaan. aku tau derang agak gerun beno nyer menengok aku yang becakap tak berenti. lancar dan padat. huh padat nyer. pastikan tak de isi penting yang tertinggal. yang datang ni orang negeri koi. tapi aku tak mention laa satu negeri dengan deme tu. orang bukan tau, saya kan guna bahasa jiwa bangsa.

Setelah semua nyer paham, keputusan tercapai. terpulang kepada deme la nak buat guane. janji semua document mesti ada dan syarat-syarat penting semua orang paham. selesai! hari sabtu register masuk. ok. bagus gak sebab baru dua bulan baby nyer. banyak masa dengan dia yang kita boleh attend. deme tu tanya aku boleh berubah ke idak anak deme. hadui soklan. aku pun macam biasa. aku kabo "berubah tak berubah bukan kita dapat tentukan. nak tengok berubah ker tidak time dia keluar esok. dah tentu-tentu duduk sini memang akan berubah sebab peraturan kami. tapi keluar sok kami tak boleh jamin. sama-sama laa kita tolong mana yang patut. kalau dia istiqamah dengan apa yang dia dah buat kat sini, inshaAllah. kalau tak kami pun tak bleh nak kata apa la ya. hidayah tu bukan milik kita".

Kenapa la soklan ni yang glamer. jenuh aku nak baca ayat yang sama untuk setiap orang yang tanya. tapi bagus gak. idak laa aku tercari-cari perkataan mana nak guna. copy paste ajer. cakap pun lancar sebab dah ready jawapan dah. soklan bocor. jawapan cair jer la.

Sambung blog darwa. makin lawo dah. berenti zohor kejap. sambung semula. pukul 3 dayah datang ngajo. ade test bebudak tu hari ni. rehat mata jap. siram pokok sambil borak dengan dayah pasal sukan rakyat jalan kebun. pung pang pong pong. ok kata sepakat membawa berkat. inform ustazah dalam wasap. ustazah setuju then on jer terus. senang.

Baru nak lepak sebelum solat asar, datang lak se van majlis agama Islam. kes mende plok kali ni. main redah jer deme ni idak nak mengekol aku dulu. ni mesti orang lain plok ni yang datang.

"Assalamualaikum" dua orang lelaki bagi salam. aku jawab pastu ajak masuk. jemput duduk.

"Kami dari team muallaf. sebelum ni saya berurusan dengan mija. tapi dia dah tak keje sini kan."

Ayat ni pun biasa aku dengar. ramai betul orang kenal mija. agak glamer minah ni. "Haah. dah lama dah. saya pun tak sempat dengan dia".

"Macam ni, kami ada satu kes muallaf ni...bla..bla..bla.....and bla..bla.." mamat yang agak hensem ni mula bercerita. muka ala-ala cina sket. dia ni muallaf gak kot. mata sepet. putih. rambut tegak. hidung tak berapa mancung. sesedang jer. tinggi dia ni. perut tak buncit. tak kawen lagi kot. tapi macam muda dari aku jer. tapi apesal aku sebuk sangat kalau dia muda dari aku pun kan. hahahaha macam biasa aku dah start analisis mamat ni. sekali harung jer laa kan. pakai spek dia ni. tapi kan macam tau-tau jer, dia terus tanggal spek dia time aku duk tengok dia. dia tau ker?? hihihih...hohohoho memang hensem mamat ni kalau tak pakai spek! gedikss...tapi nama masih tak tau sebab dia tak kenal kan pun diri dia tadi, ke aku yang tak perasan sebab duk sebuk tengok muka dia..hahahha..kalau la mamat ni muallaf memang fasih betul bahasa dia. ni yang tak sabar nak tanya nama ni. nampak macam gatai sangat kan. ishhh.. taubat beb taubat. tapi tak salah kan mengkagumi ciptaan tuhan. bukan nak buat aper pun kan. yo la tuhh!

Yang sorang lagi kawan dia ni ketara nyata dan jelas kemelayuan nyer. tak payah duk telek beria sangat laah.sama jer macam lelaki-lelaki tipikal melayu yang lain. macam pilih kasih. suka hati aku lah. selesai perbincangan kami, aku hulur name card aku supaya urusan seterusnya senang. dia pun hulur name card dia. terus aku baca. HASIF BIN JAFRI. ooo melayu tulen dan mungkin jawo campur cina sesikit kot. yang pasti bukan muallaf. emmm ok. inshaAllah memang kami akan jumpa lagi. mungkin minggu depan. kalau jodoh tak kan kemana kan.. :)

Then sebelum maghrib lak, kak sidah datang. aku mampu tolong apa yang patut jer. inshaAllah tolong orang dalam keadaan kesempitan ni dan memudahkan urusan orang Allah akan mudah kan urusan kita. yer. semoga Allah mudahkan urusan aku.

Buka puase. air milo dengan kuih keria dengan kuih sardin bebudak ni masak. boleh tahan sedap. tu rezeki aku hari ni. terus maghrib dan bersiap amik cikalin nak pegi hospital lak. janji pukul 8.

Alhamdulillah semua urusan hari ni mudah walaupun urusan di hospital tidak settle seperti sepatut nyer tapi sekurang-kurangnyer tidak lah meyakitkan hati aku dan aku tidak merungut-rungut. balik semula ke jalan kebun. isi perut kat uncle bob dengan cikalin. alhamdulillah kenyang. dan sekarang aku menaip menyiapkan cerita pada hari isnin aku.

Lepas ni mandi dan isyak dan tido sebab esok kita ade agenda lain plak...


koi...

No comments:

Post a Comment