Tuesday, 30 December 2014

MEROYAN : SIRI I

Sejujurnya..ku tak bisa..hidup tanpa ada KAMU aku gila..
Seandainya..aku bisa..mengulang kembali lagi CINTA kita

Sesubuh yang sunyi, maklum musim tengkujuh, bah merata tahun ni tapi jalan kebun masih selamat. Jalan kebun kalau nak banjir bukan kira tengkujuh ke bila ke..sepanjang tahun andai hujan lebat tak berenti dua jam pun dah boleh tenggelam dah pasu bunga aku.

Aku nak cite bab lain sebenonya pagi ni..bukan bab banjir..nak amik mood mengetuk keyboard ni bukan senang..nak praktis senaman jari pun payah, senaman lain so jangan ditanyalah pelaksanaaanya bagaimana..huwawawaaa...inshaAllah akan tetap dilaksanakan..yang penting niat dah ada..NIAT

Banjir paling hebat tahun ni..kampung aku tak banjir..tapi nak masuk ke sungai retang dah tak boleh. dah lima hari aku tak dapat call mak kat kampung. last aku dapat cakap dengan atikah bagitau air takde, elektrik takde jugak. aku siap tanya stok makanan ada lagi ke tak. katanya ada lagi. esoknya aku call semula dah tak dapat..ya Allah

Yang penting aku cuma harab ayah aku sihat. mak aku tak apa-apa. adik aku, atikah boleh jaga mak ayah aku. AMIN..doa subuh hari inshaAllah makbul.

OK. settled.

Ha..ni baru nk cerita ceriti mengenai tajuk diatas.."MEROYAN". sesubuh yang hening, hari yang sepatutnya hati kita tenang, lembut, segar, nyaman. syahdu, syukur, dilimpahi rahmat Allah Taala swt telah mengalami kecelaruan sedikit dengan kehadiran bunyi tong tang tong tang tong tang ting kat henpon wasap berasap aku. ya ku tau aku ni orang yang berkepentingan..huh, yo la tuh..dan biasanya andai menda alah itu berbunyi di awal pagi, mesti penting. dengan kedengaran bungi ting tong tang tersebut maka telah terjadi sekelumit pencemaran kekusyukan aku di pagi ni.

Dengan lembut, heheheh..suspen gitu.aku pun menyentuh si purple pink saya..bukak wasap..tengok..huhhhh..apa lagi la dia ni. dah kenapa pepagi ni cari aku. ko nak kutuk aku menda lagi la. apa yang tak puas hati nyer? hadui hai. tak pasal-pasal pepagi rezeki nak masuk mengeluh.

Mujur pagi, mujur dah solat subuh, mujur mood aku slow, mujur Tuhan bagi ketenangan dan rasional kat aku pagi ni, mujur aku tak melatah dan meroyan dan yang lebih penting mujur aku boleh SABAR..

"besar sangat ke salah saya sampai akak tak nak reply massage yang pernah saya send?"
"saya tau akak just contact fatin dan pernah pergi rumah dia kan?"
"just fatin saja akak ambil tau!!!"
"kalau akak geram dan marah sebab ihtifal tu, kami dah buat yang termampu untuk puaskan hati akak dan ustazah"
"akak sikit tak hargai apa yang kami buat!!!"
"akak still salahkan saya sebagai punca kekalahan!!"

(COPY PASTE FROM WASAP BERASAP)

Ha cer tengok, kira bilang berapa seruan dia bagi kat saya. berseru-seru menyebabkan seruan sepuluh jari jemari ku yang lembut dan runcing ini dengan pantas dan tangkas nak mereply dan sudah mahu meledakkan ayat-ayat CANTIK dan BERSERI saya dan ion-ion segala saraf di otak bekerjasama lalu bertindak dengan aktif sekali menyusun ayat. siap la ko kan..............n dot dot dot..

YA, saya sejujurnya mengaku itulah saya..suka nak menyusun ayat-ayat indah gemalai lembut mendayu-dayu lalu sentap menyentap.. itulah tindakan refleks aku yang lemah sangat iman ini. namun syukur, bila ku tanya semula pada diri yang hina ini....

"Apa ke pekdah kin ko layan menda alah ni? buat penat ko. bukan ko tak tau bagaimana kaedahnya budak ni?"

"Kalau ko layan apa yang ko dapat? Sakit hati? Sakit jiwa? Sakit badan? Nak? Banyak lagi kot menda lain ko nak pikir nak buat."

Ya..betul. maka tidak jadi la ku reply ayat-ayat cinta saya tapi..ku forward juga ke ena dan cikalin..hahahaha..nampak tak kat situ, bertanduk jugak jin tongcet kat kepala aku ni ha..macam dah nk insap ya? hampun..hampun


Kekadang kita tidak sedar apa kesalahan yang kita telah buat sehinggakan kita menyalahkan orang lain untuk mengcover kesilapan kita. 
Kekadang kita tak perasan kita buat salah, apabila ada yang ikhlas menegur, kita bengang. 
Kekadang kita salah faham kenapa orang melayan kita sedemikian rupa, tanpa kita fikir sejenak tentang diri sendiri. 
Kekadang kita lupa menelek membelek diri kita sendiri lalu dengan mudah kita menunding jari kepada orang lain. 

INGATAN TERSEBUT ADALAH KHAS DITUJUKAN UNTUK DIRI SENDIRI!!!

...koi



No comments:

Post a Comment