Tuesday, 17 February 2015

CUTI BELASAH

Kembara berjalan bersendirian..mencari jalan pulang
Bilakah masanya embunkan menjelma.. di tanah gersang yang membakar
Mencari kebahgiaan dalam hidup...menempuh berbagi rintangan yang ada
Namun bahagia masih impian..


31 JANUARI - 3 FEBRUARI 2015 (Shah Alam-Serkam-Batu Pahat-Parit Raja-Bandaraya Melaka)

Cuti 4 hari 3 malam yang sangat memberi makna..tanpa planing yang betul-betul..ikut main bedal jer aku dengan cikta. nama pun cuti main belasah kan..


Gerak dari shah alam pukul 3 pagi..semangat te..cikta siap bagi aku reminder sampai 3x kot tanya aku dah bangun ke belum..dia tak tahu tu yang aku ni memang tak boleh tido..tido lambat, sekali kol 2.30 am dah kena bangun..huh..tapi jiwa berkobar-kobar nak ke berjalan tu mengatasi segala-galanya.. 


Aku..ntah kena sawan ke apa ntah dari shah alam ke serkam non stop bercakap..tak kering pulok tu air liur..ya hampun..bertenaga sungguh walau tak cukup tido..


Sampai serkam kol 5.45 am dah nak subuh..solat subuh dan join kuliah subuh Tok Guru Salleh, murabbi pakdin cikta..hihihi...walaupun tak berapa nak paham..tapi aku belasah paksa bagi paham jugak..bila dah sampai time syok..eh.."cukup sampai sini saja kuliah kita pagi ni..inshaallah kita sambung lagi minggu depan"..aikkk lohhh abis doh..baru nak masuk gear 1 kot aku..ko ni lambat betui la kin..slow!!


Lepas kuliah lepak kedai makan..waktu untuk suai kenai dengan pakdin cikta..ermmm sejam jugak kot persesian tersebut..dah alang-alang kan..ok puas hati. then pakdin ajak pi madrasah nyer..ermmm apa yang boleh cakap memang seronok sangat dan apa yang paling seronok bila berpeluang pulak berjumpa dengan Tok Guru Salleh sendiri..rezeki sungguh..dalam hati memang segan..sapa la kita kan..kurang ilmu punya budak..


Sesi dengan Tok Guru Salleh pun dekat sejam jugak..macam-macam aku dengan cikta tanya. memang kena belasah jugak la aku dengan Tok Guru..ermmm tu la banyak cakap sangat kan.."DIAM ITU BERLIAN"


Hambik ko!!


Sentap!!


Padan Muka Aku!!!


"Shikin kena pi blajaq lagi..cari ilmu..nak mengajar orang kita kena pi blajaq dulu"


Huh...berpeluh koi..meleleh-leleh dah!


Pengajaran yang sangat besor pada aku..tidak dijadikan oleh Allah, sesuatu pertemuan itu sekadar sia-sia sahaja. pasti ada hikmah pada setiap pertemuan manusia. sama ada untuk kita ambil pelajaran atau memberi pengajaran kepada orang lain..


Aishhhh...tu belum bab jodoh lagi..maleh koi nak komen memanjang kat sini. cemuih eh...


Yang penting amik pengajaran..nasihat orang berilmu jangan disia-siakan. bukan selalu dapat peluang gini..Alhamdulillah


Part paling best jugak cuti kali ni...


i) Belanja tak banyak..jimat

ii) Dapat beli kapet merah..hahahah cikta pun terpedaya sama..cuti berkapet baru
iii) Nasi minyak berkuah air oren berlinang-linang..aihhh potong selera betui cikta ni..huhu
iv) Hotel murah dalam kenangan...haduiiii...padahal berderet kot hotel lain yang cun sealiran dengannya..memang rezeki hotel mutiara la tuh..takpe..tido kan tutup mata
v) Masuk semua muzium..macam budak sekolah rendah..hihihi
vi) Kena saman Majlis Bandaraya Melaka...hahahahaha


Nak upload gambo...gambo takde..mood bergambo tiada sudah..




koi...


Saturday, 7 February 2015

KEMBARA MUSAFIR

Perjalanan di titian, masa kita perlukan
Perjalanan masa kita..

Permusafiran aku bersama geng Darwa ke Kelantan untuk misi pasca banjir pada 10 Januari 2015 memang sangat meninggalkan kesan dan kenangan yang sangat bermakna dalam hidup aku. Ditambah lagi dengan kehadiran Miss J bersama kami makin menyeri dan memeriahkan kembara perjalanan kami.

Ya, betul..kehadiran Miss J sangat memberi impak yang besar kepada kami terutamanya aku. Dari detik dia masuk dalam van hingga ke saat ucapan terima kasih dihadapan rumahnya di Kajang, tiada akan ku lupa semuanya. Huh..berkerut dahi dibuatnya.

Tapi...kini aku tertanya, kenapa Allah kirimkan dia pada aku...

Sesangat..aku tak nafikan Miss J teramat menguji kesabaran, ketenangan, kewibawaan, kedamaian aku menikmati perjalanan dan pengembaraan kami ke Kelantan dan Terengganu. Berderet doa aku untuk tidak bersama Miss J ke Terengganu tidak dimakbulkan Allah. Hanya terpaksa ku bekukan perasaan jer. Allahhu Akbar..hampun...hampun

Allah kirimkan dia untuk aku amik pengajaran atau Miss J amik pelajaran..sesapa yang mendapat dia beruntung. Mohon aku yang dapat lebih...




...koi


Saturday, 10 January 2015

ROTI BAKO MAMAK AHSAHI

Aku bukan aku yang kau kenali dulu, engkau bukan engkau yang pernah memukau
Di hadapan kita dua insan berbeza, yang mencari-cari arahnya sendiri



"Lapo la cikalin. singgah Ahsahi nak"
"Gila ko lapo, baru dinner tuh.kemain jauh dinner sampai ke ampang tak kenyang lagi ke?"
"Skang dah pukul brape? dah lapo semula lah. makan hotel bukan kenyang mana pun"
"Ko lapo tak Mal?"
"Saya mana-mana jer kak".
"Eleh mal, ko pun lapo kan. ko bukan makan banyak mana pun kan tadi"
"Hahaha..ye lah mana nak makan banyak..bebudak tu duk bising jer"
"Ha jadi nyer nak singgah tak ni"
"Ha singgah la cikalin. pekena teh tarik roti bako"

Maka, 3 makhluk Allah itu pun bergerak ke kedai mamak paling glamer di Jalan Kebun, Ahsahi dengan van gabak. Glamer ker?? Ermmm glamer la kot. kalau tak glamer mana kan aku kenal kan? Makin glamer kalau dah bukak 25 jam sehari. kami singgah pun dah pukul 12.30 malam..mujur bulan tak mengambang. tapi kalau mengambang elok esok pi cari ketam. la ni bulan penuh isi ketam pun penuh. buat gulai lemak cili padi buh cendawan..woishhhh makin lapo den ni ha...

"Makan apa cik adik"
"Bagi teh tarik dengan roti bako terbako"
"Sama lah"
"Roti bako 3!"

Bukan lapo mana pun benonya. tapi sesaje nak lepak membuang masa tenaga dan duit. tapi roti bako sini memang power! meleleh-leleh kaya nyer. bebaloi la bayo RM2.50

Tak sampai 2 minit teh tarik ku sampai, disusuli roti bako. cikalin dan amal dapat dulu. yang aku kendian. eh nape nampak macam tak best meleleh pung. macam kejung jer roti bako ni. relax dulu. sesampai jer turn aku..aku cebik sket lalu ku celup ke teh tarik..ehe ehe eh bakpe macam tak membuak-buah kaya nyer..aku bukak...haaaaaa ni memang sesaje carik pasal dengan aku laaa ni..

"Mamak!!!!!" cer kira seruan nyer bape? nampak tak ku dah bengang!
"Yer?"
"Ni udah kenapa roti bako ni gini. nak tak nak selek kaya mentega. pagi tadi saya makan kemain sedap lagi. saya hari-hari makan sini tau. dah la herga RM2.50. saya bayo tau. hagak-hagak la pun. saya tak nak yang ni. saya nak yang lain."

"Haah, kami punya pun sama"
"Ha tengok, ishhh."
"Hokey hokey..kami bikin baru punya"
"Ha ya la. sapa nak makan roti bako macam tuh!??"
"Sakajap ha. kita bikin lain"

"Apa?"
"Ko la"
"Ha kenapa aku lak?"
"Hahaha kecoh mamak pepagi buta ni"
"Ah nasib laaa..pagi tadi aku makan sedap tu cikalin. belakang dah malam bleh lak dapat roti bako gini"
"Hihihi kalau ikut saya, saya makan jer cikalin, tapi dah kak ekin mintak tuko, saya join la sekali"
"Hahahah...cikalin pun amal. tadi ingat nak makan jer. kak ekin buat kecoh. cikalin sekali jer la jugak"
"Huh melampo..nampok sangat yang buruk tu aku!"

Kat dapur mamak..kemain riuh "roti bakar, roti bakar" sambil geleng-geleng itu kapala..terus glamer aku kat dapur..mamat mamak lain yang serve kita orang..macam specel la plok..hahahaha.. hada aku pedulik!

Aku bukan kerek sangat weh..tapi melampo sangat nyer buat roti bako aku. hala kador benor..kita mesti mempertahankan hak kita sebagai pengguna. kita pengguna berhak mendapat servis dan layanan serta barangan yang berpatutan dengan apa yang kita keluarkan nilai ringgitnya. baru la berbaloi berbelanja. jadilah pengguna yang berhemah walau dimana anda berada terutama sekali di kedai mamak. haaa kan??




...koi
  





Wednesday, 7 January 2015

TETAMU MALAM

Andai dipisah lagu dan irama
Lemah tiada berjiwa, hampa...

Sesedang aku enak menguli lemak-lemak terpelihara lebih 30 tahun ni, tetiba...telepon berbunyi, ring ring ring, ku angkat ku sudah tau siapa..

"Assalamualaikum ustazah"
"Waalaikummusalam..shikin, kat depan darwa sekarang ada orang nak jumpa ustazah tapi ustazah tak larat nak attend. yang ko tolong jawabkan hari tu lah.."
"Hah?? hooooo yang appointment hari ni kan. kol 3.00 tadi kan"
"Yer. tadi ustazah tak dan nak attend. tu yang mintak derang datang mlm ni. ko tolong tengokkan. dia nak masukkan kakak nyer tapi kalau ada masalah yang ko cakap tu, tak payah lah amik".
"Yo lah ustazah. ok"

Maka dengan pantas aku keluar dari bilik. bebudak ni duk tunggu aku nak makan kueh lompat tikam..haduiii faberet tuhh..huh terkenjat diet tak moh makan malam koi! semua salah derang..kueh lompat bertikam bagai..yang menikam menambah lemak-lemak aku..

"Weh, korang tolong kemas-kemas sikit. ada orang datang. sorang tolong keluar cakap kat derang tunggu 10 minit ya. akak nak mandi jap. mekasih"

Selesai ala kadar. sarung jubah hitam. senang memalam kan. sembur perfume citrus bilberry aku sket. ok cun mewangi!!

Ku jemput tetamu malam ku masuk. Umur muda lagi. dalam 25 tahun laki bini ni. anak sorang. hokey menda la kesnya ni.

"Ya, ok, ape ke kes nyer ya".

Aku start dulu. malas nak bazir masa. lepas berkenalan ala kadar terus ajer ku bagi soklan straight.

"Macam mana yer nak mula" si isteri bersuara.

"Yer, kes siapa dan kes yang macam mana?" aku tolong bagi idea. dah biasa dah.

"Macam ni. saya kalau boleh nak masukkan kakak saya. dia ada masalah sikit. ingat nak letak lah kat sini sebab ....bla...bla...bla..dan bla...bla"

Bermulalah sebuah perbincangan. sangat serius dan aku sangat simpati. kasih seorang adik terhadap kakaknya masih bersisa walaupun ahli keluarga lain sudah tidak amik peduli. mujur jua mempunyai seorang suami yang sangat memahami.

Mana peranan seorang ayah, pak sedara, wali sah kepada seorang anak gadis yang sudah terlalu terpesong hala tuju hidupnya. tidak mahukah mereka menghulur tangan memimpin semula insan malang ini untuk menemui sinar bahagia dalam hidupnya. apa sangat lah kederat seorang adik perempuan untuk merangkul sisa kasih seorang kakak sedangkan dia juga punya tanggungjawab besar sebagai seorang isteri dan ibu.

Dan aku sekadar memberi buah-buah idea yang tak seberapa sebagai bekalan untuk mereka bawa pulang yang mana aku pun mungkin tidak mampu nak buat sekiranya aku adalah mereka. betul, bercakap memang mudah, bebekalkan air liur jer kan. tapi nak merealisasikan ayat-ayat aku tu, uishhh aku sendiri pun serender. nampak tak betapa tidak berapa tidak mampu nyer aku kalau menjadi mereka. benarlah Allah hanya memberi dugaan dan kesakitan hidup mengikut kemampuan hamba-hambanya.

Namun, sekurang-kurangnya aku mungkin telah meringgankan sedikit beban yang terperoyok kat kepala derang selama ni. boleh menjadi tempat mereka melepas luah perasaan sekejap. menerima pandangan dan saranan aku yang ada secoet pengalaman tak seberapa. harab derang berdua boleh menghadapi dugaan ini.

Syabas buat si suami yang setia bersama isteri. menyokong dan bersama-sama mahu mengambil kesah tentang kakak iparnya. sangat gentlemen and sweet suami gini. ini barulah lelaki sebenar. pelindung kepada kami wanita yang lemah kudratnya. kudrat jer yang agak lemah..tapi part lain mungkin wanita lagi hebat!!! Wah..semangat! Semangat!

Wahai wanita..wanita yang berada di seluruh dunia..tak kira bangsa, umur atau rupa, oh asalkan kau wanita...projek pistol!



"...ALLAH tidak memberati seseorang melainkan sesuai dengan (kekuatan) 
yang diberikan ALLAH kepadanya..." (at Thalaq : ayat 7)



...koi

Monday, 5 January 2015

REWANG-REWANG

Kau mahu cara ku, sempurna untukmu. Apa kau sangka ku ahli silap mata
Ku berikan cinta, kau berikan dusta. Kini kau kata hai hai, ku katakan bye bye
Biar ku berdikari untuk hidup sendiri. Jangan kau hampiri menagihkan simpati


Hari minggu punya cerita.

"Cikalin, jom lepak PKNS SACC Mall, cuci mata petang ni"
"Nak buat ape kat PKNS?"
"Nak cari suami. hahaha"
"Ai jauh cari suami. yang dekat ada nak cari yang jauh dah kenapa"
"Dah yang dekat susah sangat nak dapat, cuba nasib yang jauh pulok la cikalin oiii"
"Pukul berapa nak pegi, cikalin nak settlekan sekolah syafiq dulu"
"Oooo syafiq sekolah yer hari ni"
"Register jer. sekolah esok. nak bayar yuran jer hari ni. lepas tu boleh la kita pegi"
"Ok lah. pukul 5.30 lah kalau gitu. lepas asar senang. kami kat Resepi Ibu ni. lapo."
"Ok. set!"

Oleh kerana ketidakwarasan aku yang hampir kebosanan melampau, aku heret amal dengan cikalin sekali sama tak waras dengan aku. ku ajak merewang kat pkns. aku nak kena tengok dan beli buku kat mph. itu jer aku rasa ubat sakit aku ni. maka kena standby lah si merah yang dah makin kusam ku itu. gaji bulan ni belum clear tapi alhamdulillah balance gaji bulan lepas ada lagi untuk waktu merewang ni. inshaAllah

Aku sms ustazah. "Ustazah, kami nak pegi pkns. lepas maghrib kami balik ya." Kena bagi tau gak ustazah bagi lega sikit hati. takde la rasa bersalah sangat merewang malam ni. don't burn out your mind and body kin. kekadang kena relax. yer tau!

Tudung bunga-bunga, t-shirt biru beli kat pasar kemboja cikta, skirt kembang hitam, kasut merah xes beg jeans ustazah bagi. Ok cun!! Hahaha perasan...tapi ade ku kesah. Cikalin yang drive..alhamdulillah cikalin amat memahami. amal tak kesah dia. ikut jer.

Sampai pkns, parking pun senang. cuci-cuci mata. konon nak cari kasut sukan. huwawawa..nak pegi joging!!! dah berat bawak dah badan aku ni. berat berkilo-kilo. kilo pun sadis dengan berat badan melampau aku. singgah BATA...

"Dik, bagi saiz 4". design cun tapi entah la ada saiz ke idak. hilang adik tu dua minit.

"Yang ni saiz yang display jer yang ada kak. saiz 4 takde". Huh dah agak doh..

"Ok. terima kasih". ku keciwa..

Ajok cikalin ngan amal ke SACC lak. masuk BATA lagi..tapi sama gak ayat derang. aiii nak hampir putus asa aku dah ni.

Ok. naik tingkat dua. terus masuk MPH. pusing-pusing ku kebas 6 bijik. buku 7 solat sunat, celik mata prof muhaya dengan 4 ketul novel. nak cari inspirasi ni....heheheheh konon nyer laa..hidup kena seimbang. beli buku pun kena seimbang. dunia akhirat. baru sempurna.

"Kin, ko tak lapo ker? perut cikalin ni dah bergendang gendut dah"
"hehehe..lapo gak cikalin. ko amal lapo tak?"
"boleh tahan gak..hahaha padahal baru jer makan. melampo betul"
"hahahaha..tapi aku tak nak makan nasi. jom pizza..ada pizza dok sini?
"ada kot. tak kan takde lak"
"eh tapi tak nampok pun. ko ada nampak tak mal?"
"entah la kak"
"jom turun tengok"

Hahahahhaa..tekak nak makan pizza. tapi malangyer takde ya pizza hut kat SACC Mall. ke aku yang tak jumpa cari? PKNS pun macam tak nampak jer.

"Wei cikalin, macam takde jer sini"
"Haah.cikalin macam tak nampak pung kelibat pizza"
"Dah tu, kita nak makan kat mana ni?"
"Kota kemuning ada"
"Huh balik ke pangkal jalan jugok. kota kemuning jugok kita ya. moh la"

Maka, cikalin pung memecut ke kota kemuning semula. kami cari pizza hut. deng deng deng..PIZZA HUT..

Wah sejuk nyer beb. beku kang kita kat sini. giler!

"Order!"
"Ok. nak order apa ya". ermmm sopan gitu adik ni. i like!
"Dik, ekon ni agak-agak bleh slow kan sikit tak. nak hampir-hampir beku jugak akak yang cun ni ha.." sengeh ku tayang. heheheh..terkejut kot muka adik ni. yo lah dia tanya order aku minta ekon lak. konpius dia kejap.
"Boleh. nanti saya adjust"
"Ok cun..mekasih"

Order di take over oleh cikalin dan amal. aku hikut kan jer mana dan. janji pizza. janji nafsu makan dipenuhi..huhu..cuma aku top up chicken wings and hot tea. sejuk kot. sampai jer order..ermmm selamat belaka. serius pizza malam ni sedak sangat. alhamdulillah..

Hati pun lapang, perut dah gembira berdongdang sayang kenyang, si merah kusam pun makin lengang, tapi takpe janji rasa puas. sampai darwa, lepak sekejap..then selamat menerawang rawang ke puncak alam...



Ketika hati gusar menginginkan sesuatu yang kurang pasti
...hanya DIA yang paling mengerti  



...koi




















Saturday, 3 January 2015

12 RABIULAWAL 1436 HIJRAH

Ya Rasulullah Ya Habiballah, tak pernah ku tatap wajahmu
Ya Rasulullah Ya Habiballah, kami rindu padamu


Setiap tahun, tarikh ni kat Malaysia memang tak miss berarak. berselawat beramai-ramai. menteri duk berucap berejam. ada yang dapat anugerah pengiktirafan dan semua orang kelihatan sangat warak dan belaka bercerita tentang nabi dan kisah kelahiran baginda. isteri menteri, pemberita, pengacara tv semua akan pakai tudung, berselendang berhijab walaupun ada yang kurang sempurna. tapi itulah kehebatan kelahiran seorang nabi menyebabkan seluruh dunia merasa aura Rasulullah walaupun baginda telah lama meninggalkan kita. 

Seumur hidup aku, aku tak pernah join mana-mana perarakan gini. menengok dalam tv jer sebab dapat cuti. yang penting bukan berarak sehari ni jer, mengenang kehebatan nabi untuk hari ni jer tapi yang paling penting melaksanakan apa yang diminta oleh nabi dan sedaya upaya mengikut sunnah nabi.

Antara 7 sunnah nabi yang seboleh-bolehnnya kita laksanakan dalam hidup kita untuk menunjukkan betapa cinta dan kasihnya kita kepada Nabi Muhamad SAW. 

1 -  Tahajjud - yang ni alhamdulillah aku dah start dari tahun 1432H lagi. walaupun kekadang ada jugak terlajak tak buat.
2 - Membaca Al-Qur’an sebelum terbit matahari - Huhuhu jarang beno ku buat..tapi idak lah tinggal terus..huh kena pertingkatkan usaha lagi tahun ni.
3 - Jangan tinggalkan masjid terutama di waktu shubuh - disebabkan aku di darwa, maka subuh berjemaah dengan derang. ada rezeki akan ku paksa suami ku ke masjid setiap subuh..inshaAllah
4 - Jaga solat dhuha - alhamdulillah hampir dua tahun telah ku praktikkan
5 -  Jaga sedekah setiap hari -  azam aku tahun ni..
6 - Jaga wudhu - yer yang ni pun akan aku usahakan tahun ni..
7 - Amalkan istighfar setiap saat - inshaAllah
Kalau tengok, bukan susah dan payah mana pun sunnah nabi. tapi disebabkan kita ni tak jadikan amalan seharian kita macam kita makan nasi hari-hari yang kalau kita tak makan nasi macam tak sesempurna mana, jadi kita rasa macam susah beno. begitu jugak lah dengan tubuh badan aku ni ha..huh moga tahun ni aku boleh beristiqamah..amin

...koi

MISI BANTUAN MANGSA BANJIR

Wahai kekasih hati, katakanlah padaku, semua ini hanya igauan mimpi 
Aku tak sanggup kasih kehilangan dirimu, walau sedetik rindu mengcengkam terasa pedih 

31/12/2014 - RABU
7.45 am

Standby kat darwa, tunggu cikalin nak ke rumah ustazah naik van darwa. angkut semua barang masuk van. tak sempat sarapan, punyalah excited nak join misi peninjau. tak pernah seumur hidup aku buat kerja amal sampai ke lapangan gini. ruqaiyah adik fatimah pun join jugak. mekasih makcik aishah. hanto manpower yang memang power!!

8.00 am

Gerak ke tadika ustazah. masuk lagi barang. ada 2 lagi kenderaan konvoi sekali. penuh semua barang bantuan. amanah dari orang yang menderma ni kami bawak. inshaAllah sampai.

8.30 am

Sarapan spageti specel. ustazah masak. hadui...dah la peberet aku. tapi tak leh makan banyak, huhu kang sakit perut. udah la 1st day peod..mohon perutku tabah menempoh dugaan hari ni. selamat jugaklah dua round spageti bako aku hadap. amik gambo barang bantuan kejap. update group butterfly, update cikta dan geng yang lain. maklum duit org kan...

9.00 am

Kami begerak ke Temerloh. ustaz yang bawak van bukan cikalin. riuh kami dalam van. macam-macam cerita. ustazah lah yang paling banyak cerita. hahahah sampai kena perli dengan ustaz. "Ya, silakan ustazah pilihan"..hehehe..senyap terus ustazah. Tak sampai 10 minit, ustazah bukak ceramah semula..ermmm dah memang hobi nyer bercakap, nak buat guane.

Cuaca cerah. matahari menyinar, awan berkepuk memutih bak salji, langit membiru luas mata memandang..ish macam dah lama tak nampak matahari sejak asyik hujan ni kan. aku minggu ni asyik bergaduh dengan baju-baju aku jer. kejap ke ampaian, kejap duk bertapa dalam mesin basuh, kejap tersadai atas katil berhanger..yang dalam bakul dalam baldi jangan duk tengok lah. sadis. Bila ku nampak matahari, terus ku nampak baju aku yang melambak.

10.30 am

Kami sampai kat bandar karak. berenti minum makan dan dhuha. aku layan spageti dengan amal bagi abis. derang ngabis ke nasi lemak ustaz beli. pekena teh o panas segelas..wahhh lega perut den. setakat ni perut aku masih bekerjasama dengan baik. pinggang lutut peha pun tak lengug-lenguh macam biasa. mungkin semua bahagian badan aku nak pahala lebih hari ni. nak keje kuat nak nolong orang. alhamdulillah.

11.45 am

Mula bergerak semula ke depoh simpanan bantuan banjir. tak jauh dari bandar karak. matahari masih menyinar dan semakin terik membakar kulit. perit gak la. dah makan. perut kenyang. mata pun melayu menguyu hampir nak syahid..dan akhirnyaaa....belayar sudah

12.30 pm

Sampai ke Bilik Gerakan Banjir Cakna Anak Pahang, Temerloh. kami disambut oleh encik nizam, kawan ustaz. lawyer encik nizam ni. opis dia kat bandar temerloh. office firm dia pun banjir. tingkat dua tu. semua dokumen hanyut. mak dia sakit kat chenor. dia tak leh lama dengan kami, kena balik kampung dalam 50km nak tengok mak sakit. dugaan besar jugak untuk encik nizam.

Kami pun angkut barang-barang kami masuk depoh. terus agih-agihkan barang makanan yang mana ada. wah memang penat. keje macam robot. nak cepat. nak hantar terus ke pusat permindahan sekitar temerloh. siap jer kami agih bahagian kami, datang lagi dua lori 5 tan hantar barang bantuan. syukur. cuma macam tak puas kalau tak boleh serah sendir pada mangsa. sekadar packing kan saja. tapi itu pun dah cukup berbangga dah aku.

1.30 pm

Selesai packing barang, lepaking kat belakang depoh..posing-posing bersantai amik angin. luruskan pinggang betulkan lutut selesakan leher then terus bergerak ke masjid untuk solat zohor. kami berempat kibar bendera jepun. aku, cikalin, amal and wani..ustaz memang tak ade bendera, ustaz dengan ruqaiyah bendera malaysia. maka kami berempat melepak kat pondok atas bukit kat masjid..wahhh angin menyepoi-nyepoi..nyaman sungguh.. on the way tadi nampak jugak air banjir dalam bandar mentakab. sunyi sepi bandar. semua orang ntah kemana.

2.30 pm

Balik semula ke depoh. nak join hantar barang bantuan ke mangsa banjir. terpaksa join group PKR. Yb Tan Chua dengan Yb Elezabeth Wong. bosan aku nk join derang. biasa lah orang politik. tau la nak hantar barang bantuan. barang ko lak banyak. tapi memang kurang sangat keberkenanan aku dengan geng politik ni. dah la kurang mesra..huhu sesangat bosan. tapi nak buat macam mana. nak hantar jugak barang kami ke mangsa. kami kena sabar lah.

3.00 pm

Kami bergerak berkonvoi ke Kampung Batu Kapur, Temerloh. van kami parking belakang sekali. tak moh join derang berpolitik. first time dalam hidup aku menyapa orang bagi air kotak. yang menghairankan aku apesal la derang ni macam nak tak nak mesra ngan aku yang cun ni. pelik aku ni, last-last aku tanya group makcik and pakcik yang bersandar kat kereta depan rumah kuning dua tingkat yang tingkat bawah memang dalam air. mujur dua tingkat. rupa-rupanya makcik pakcik ni ingatkan kami ni sama geng dengan si biru laut tu. dan dan aku menidakkan. "eh tak pakcik, kami bukan dengan derang. kami datang sekali sebab kami tak tau area sini. kebetulan jer kami sampai dan derang pun sampai. tu yang datang sekali. kami ni ngo dari shah alam. tak de kaitan lalu dengan derang".

Baru la aku tengok muka derang lain. lega koi. "macam ni la.klo nak bagi, bagi kat tangan kami. kami tak kan mintak-mintak. kalau nak bagi la semua. ni nak senarai nama semua. takde la kami nak legi amik." ooo gitu ker. nak amik bantuan kena bagi nama juga ke. haii susah orang kalau semua menda nak dipolitik matematikkan. nama jer duk dalam negara deplomasi demokratik. tapi macam semua nak kena kritik jer.

Memang sedih tengok rumah dalam air. tanah kubur tenggelam. tengok sorang pakcik ni termenung kat tangga rumah. separuh rumah dah tenggelam. tinggal rumah yang besar jer ok lagi. mana la saudara mara yang lain. dengan bekalan air api nyer yang takde. hai..berat sungguh. ini baru sikit, yang tempat lagi teruk aku tak boleh la nak bayangkan. yang kesian bebudak dengan orang tua laaaah..huh..syukur aku bernasib baik dari derang ni.

 5.00 pm

Kami bergerak balik ke shah alam. semua dah penat..maka semua naik kapal belayar.aku masuk kapal selam..terus hilang..singgah kat genting sempah..makan. ustazah belanja buah berangan rebus..hanya kerana berangan rebus, riuh dalam van..macam-macam kisah buah berangan keluar. tapi memang sedap berangan ni. abis cerita berangan..sambung tidur..selamat.

7.30 pm

Singgah shell tol jalan duta solat maghrib bagi yang solat. kami melepak dalam van. tengah duk syok rancak cite bab orang gile seks dalam bas..tetiba ustaz masuk van..hhahahha..terencat semua. susah jugak kan..penat nak kontrol..huhuhuhu..

9.30 pm

Sampai jalan kebun. alhamdulillah..

Begitulah seharian kami dalam misi bantuan untuk mangsa banjir. inshaAllah kami dalam perancangan untuk turun semula minggu depan. hari ni hari mereka yang susah, kita datang membantu. inshaAllah di suatu ketika, saat kita memerlukan pertolongan ada yang akan sudi menghulurkan tangan. kalau bukan kita yang dibantu mungkin ahli keluarga kita yang akan ditolong. InshaAllah. Amin


 Barang bantuan banjir dalam van DARWA



 

 

Geng memunggah barang bantuan ke depoh bilik gerakan banjir..bakpe gambo koi takde ni?

Tudung biru baju biru tu la Ustazah Hazlina, orang paling bersemangat sekali. Syabas!!

Mengagihkan barang-barang makanan untuk dihantar ke pusat permindahan sementara sekitar Temerloh. Aku buat keje paling laju sampai tak masuk dalam gambo..huh

Lori penuh muatan barang makanan sampai dari Selayang, satu lagi lori on the way.Alhamdulillah

Nampak tak betapa ayu nyer mereka..kemain berkepit sekalian. tak tahu tu sebelum tu belaka bersepah-sepah..hahahaha





Keadaan banjir di Kampung Batu Kapur, Temerloh. Ada lagi gambo lain, tapi takpe lah..layan jer la gambo yang mana ada..


...koi