Ku berikan cinta, kau berikan dusta. Kini kau kata hai hai, ku katakan bye bye
Biar ku berdikari untuk hidup sendiri. Jangan kau hampiri menagihkan simpati
Hari minggu punya cerita.
"Cikalin, jom lepak PKNS SACC Mall, cuci mata petang ni"
"Nak buat ape kat PKNS?"
"Nak cari suami. hahaha"
"Ai jauh cari suami. yang dekat ada nak cari yang jauh dah kenapa"
"Dah yang dekat susah sangat nak dapat, cuba nasib yang jauh pulok la cikalin oiii"
"Pukul berapa nak pegi, cikalin nak settlekan sekolah syafiq dulu"
"Oooo syafiq sekolah yer hari ni"
"Register jer. sekolah esok. nak bayar yuran jer hari ni. lepas tu boleh la kita pegi"
"Ok lah. pukul 5.30 lah kalau gitu. lepas asar senang. kami kat Resepi Ibu ni. lapo."
"Ok. set!"
Oleh kerana ketidakwarasan aku yang hampir kebosanan melampau, aku heret amal dengan cikalin sekali sama tak waras dengan aku. ku ajak merewang kat pkns. aku nak kena tengok dan beli buku kat mph. itu jer aku rasa ubat sakit aku ni. maka kena standby lah si merah yang dah makin kusam ku itu. gaji bulan ni belum clear tapi alhamdulillah balance gaji bulan lepas ada lagi untuk waktu merewang ni. inshaAllah
Aku sms ustazah. "Ustazah, kami nak pegi pkns. lepas maghrib kami balik ya." Kena bagi tau gak ustazah bagi lega sikit hati. takde la rasa bersalah sangat merewang malam ni. don't burn out your mind and body kin. kekadang kena relax. yer tau!
Tudung bunga-bunga, t-shirt biru beli kat pasar kemboja cikta, skirt kembang hitam, kasut merah xes beg jeans ustazah bagi. Ok cun!! Hahaha perasan...tapi ade ku kesah. Cikalin yang drive..alhamdulillah cikalin amat memahami. amal tak kesah dia. ikut jer.
Sampai pkns, parking pun senang. cuci-cuci mata. konon nak cari kasut sukan. huwawawa..nak pegi joging!!! dah berat bawak dah badan aku ni. berat berkilo-kilo. kilo pun sadis dengan berat badan melampau aku. singgah BATA...
"Dik, bagi saiz 4". design cun tapi entah la ada saiz ke idak. hilang adik tu dua minit.
"Yang ni saiz yang display jer yang ada kak. saiz 4 takde". Huh dah agak doh..
"Ok. terima kasih". ku keciwa..
Ajok cikalin ngan amal ke SACC lak. masuk BATA lagi..tapi sama gak ayat derang. aiii nak hampir putus asa aku dah ni.
Ok. naik tingkat dua. terus masuk MPH. pusing-pusing ku kebas 6 bijik. buku 7 solat sunat, celik mata prof muhaya dengan 4 ketul novel. nak cari inspirasi ni....heheheheh konon nyer laa..hidup kena seimbang. beli buku pun kena seimbang. dunia akhirat. baru sempurna.
"Kin, ko tak lapo ker? perut cikalin ni dah bergendang gendut dah"
"hehehe..lapo gak cikalin. ko amal lapo tak?"
"boleh tahan gak..hahaha padahal baru jer makan. melampo betul"
"hahahaha..tapi aku tak nak makan nasi. jom pizza..ada pizza dok sini?
"ada kot. tak kan takde lak"
"eh tapi tak nampok pun. ko ada nampak tak mal?"
"entah la kak"
"jom turun tengok"
Hahahahhaa..tekak nak makan pizza. tapi malangyer takde ya pizza hut kat SACC Mall. ke aku yang tak jumpa cari? PKNS pun macam tak nampak jer.
"Wei cikalin, macam takde jer sini"
"Haah.cikalin macam tak nampak pung kelibat pizza"
"Dah tu, kita nak makan kat mana ni?"
"Kota kemuning ada"
"Huh balik ke pangkal jalan jugok. kota kemuning jugok kita ya. moh la"
Maka, cikalin pung memecut ke kota kemuning semula. kami cari pizza hut. deng deng deng..PIZZA HUT..
Wah sejuk nyer beb. beku kang kita kat sini. giler!
"Order!"
"Ok. nak order apa ya". ermmm sopan gitu adik ni. i like!
"Dik, ekon ni agak-agak bleh slow kan sikit tak. nak hampir-hampir beku jugak akak yang cun ni ha.." sengeh ku tayang. heheheh..terkejut kot muka adik ni. yo lah dia tanya order aku minta ekon lak. konpius dia kejap.
"Boleh. nanti saya adjust"
"Ok cun..mekasih"
Order di take over oleh cikalin dan amal. aku hikut kan jer mana dan. janji pizza. janji nafsu makan dipenuhi..huhu..cuma aku top up chicken wings and hot tea. sejuk kot. sampai jer order..ermmm selamat belaka. serius pizza malam ni sedak sangat. alhamdulillah..
Hati pun lapang, perut dah gembira berdongdang sayang kenyang, si merah kusam pun makin lengang, tapi takpe janji rasa puas. sampai darwa, lepak sekejap..then selamat menerawang rawang ke puncak alam...
Ketika hati gusar menginginkan sesuatu yang kurang pasti
...hanya DIA yang paling mengerti
...koi
No comments:
Post a Comment