Wednesday, 7 January 2015

TETAMU MALAM

Andai dipisah lagu dan irama
Lemah tiada berjiwa, hampa...

Sesedang aku enak menguli lemak-lemak terpelihara lebih 30 tahun ni, tetiba...telepon berbunyi, ring ring ring, ku angkat ku sudah tau siapa..

"Assalamualaikum ustazah"
"Waalaikummusalam..shikin, kat depan darwa sekarang ada orang nak jumpa ustazah tapi ustazah tak larat nak attend. yang ko tolong jawabkan hari tu lah.."
"Hah?? hooooo yang appointment hari ni kan. kol 3.00 tadi kan"
"Yer. tadi ustazah tak dan nak attend. tu yang mintak derang datang mlm ni. ko tolong tengokkan. dia nak masukkan kakak nyer tapi kalau ada masalah yang ko cakap tu, tak payah lah amik".
"Yo lah ustazah. ok"

Maka dengan pantas aku keluar dari bilik. bebudak ni duk tunggu aku nak makan kueh lompat tikam..haduiii faberet tuhh..huh terkenjat diet tak moh makan malam koi! semua salah derang..kueh lompat bertikam bagai..yang menikam menambah lemak-lemak aku..

"Weh, korang tolong kemas-kemas sikit. ada orang datang. sorang tolong keluar cakap kat derang tunggu 10 minit ya. akak nak mandi jap. mekasih"

Selesai ala kadar. sarung jubah hitam. senang memalam kan. sembur perfume citrus bilberry aku sket. ok cun mewangi!!

Ku jemput tetamu malam ku masuk. Umur muda lagi. dalam 25 tahun laki bini ni. anak sorang. hokey menda la kesnya ni.

"Ya, ok, ape ke kes nyer ya".

Aku start dulu. malas nak bazir masa. lepas berkenalan ala kadar terus ajer ku bagi soklan straight.

"Macam mana yer nak mula" si isteri bersuara.

"Yer, kes siapa dan kes yang macam mana?" aku tolong bagi idea. dah biasa dah.

"Macam ni. saya kalau boleh nak masukkan kakak saya. dia ada masalah sikit. ingat nak letak lah kat sini sebab ....bla...bla...bla..dan bla...bla"

Bermulalah sebuah perbincangan. sangat serius dan aku sangat simpati. kasih seorang adik terhadap kakaknya masih bersisa walaupun ahli keluarga lain sudah tidak amik peduli. mujur jua mempunyai seorang suami yang sangat memahami.

Mana peranan seorang ayah, pak sedara, wali sah kepada seorang anak gadis yang sudah terlalu terpesong hala tuju hidupnya. tidak mahukah mereka menghulur tangan memimpin semula insan malang ini untuk menemui sinar bahagia dalam hidupnya. apa sangat lah kederat seorang adik perempuan untuk merangkul sisa kasih seorang kakak sedangkan dia juga punya tanggungjawab besar sebagai seorang isteri dan ibu.

Dan aku sekadar memberi buah-buah idea yang tak seberapa sebagai bekalan untuk mereka bawa pulang yang mana aku pun mungkin tidak mampu nak buat sekiranya aku adalah mereka. betul, bercakap memang mudah, bebekalkan air liur jer kan. tapi nak merealisasikan ayat-ayat aku tu, uishhh aku sendiri pun serender. nampak tak betapa tidak berapa tidak mampu nyer aku kalau menjadi mereka. benarlah Allah hanya memberi dugaan dan kesakitan hidup mengikut kemampuan hamba-hambanya.

Namun, sekurang-kurangnya aku mungkin telah meringgankan sedikit beban yang terperoyok kat kepala derang selama ni. boleh menjadi tempat mereka melepas luah perasaan sekejap. menerima pandangan dan saranan aku yang ada secoet pengalaman tak seberapa. harab derang berdua boleh menghadapi dugaan ini.

Syabas buat si suami yang setia bersama isteri. menyokong dan bersama-sama mahu mengambil kesah tentang kakak iparnya. sangat gentlemen and sweet suami gini. ini barulah lelaki sebenar. pelindung kepada kami wanita yang lemah kudratnya. kudrat jer yang agak lemah..tapi part lain mungkin wanita lagi hebat!!! Wah..semangat! Semangat!

Wahai wanita..wanita yang berada di seluruh dunia..tak kira bangsa, umur atau rupa, oh asalkan kau wanita...projek pistol!



"...ALLAH tidak memberati seseorang melainkan sesuai dengan (kekuatan) 
yang diberikan ALLAH kepadanya..." (at Thalaq : ayat 7)



...koi

No comments:

Post a Comment