Saturday, 3 January 2015

MISI BANTUAN MANGSA BANJIR

Wahai kekasih hati, katakanlah padaku, semua ini hanya igauan mimpi 
Aku tak sanggup kasih kehilangan dirimu, walau sedetik rindu mengcengkam terasa pedih 

31/12/2014 - RABU
7.45 am

Standby kat darwa, tunggu cikalin nak ke rumah ustazah naik van darwa. angkut semua barang masuk van. tak sempat sarapan, punyalah excited nak join misi peninjau. tak pernah seumur hidup aku buat kerja amal sampai ke lapangan gini. ruqaiyah adik fatimah pun join jugak. mekasih makcik aishah. hanto manpower yang memang power!!

8.00 am

Gerak ke tadika ustazah. masuk lagi barang. ada 2 lagi kenderaan konvoi sekali. penuh semua barang bantuan. amanah dari orang yang menderma ni kami bawak. inshaAllah sampai.

8.30 am

Sarapan spageti specel. ustazah masak. hadui...dah la peberet aku. tapi tak leh makan banyak, huhu kang sakit perut. udah la 1st day peod..mohon perutku tabah menempoh dugaan hari ni. selamat jugaklah dua round spageti bako aku hadap. amik gambo barang bantuan kejap. update group butterfly, update cikta dan geng yang lain. maklum duit org kan...

9.00 am

Kami begerak ke Temerloh. ustaz yang bawak van bukan cikalin. riuh kami dalam van. macam-macam cerita. ustazah lah yang paling banyak cerita. hahahah sampai kena perli dengan ustaz. "Ya, silakan ustazah pilihan"..hehehe..senyap terus ustazah. Tak sampai 10 minit, ustazah bukak ceramah semula..ermmm dah memang hobi nyer bercakap, nak buat guane.

Cuaca cerah. matahari menyinar, awan berkepuk memutih bak salji, langit membiru luas mata memandang..ish macam dah lama tak nampak matahari sejak asyik hujan ni kan. aku minggu ni asyik bergaduh dengan baju-baju aku jer. kejap ke ampaian, kejap duk bertapa dalam mesin basuh, kejap tersadai atas katil berhanger..yang dalam bakul dalam baldi jangan duk tengok lah. sadis. Bila ku nampak matahari, terus ku nampak baju aku yang melambak.

10.30 am

Kami sampai kat bandar karak. berenti minum makan dan dhuha. aku layan spageti dengan amal bagi abis. derang ngabis ke nasi lemak ustaz beli. pekena teh o panas segelas..wahhh lega perut den. setakat ni perut aku masih bekerjasama dengan baik. pinggang lutut peha pun tak lengug-lenguh macam biasa. mungkin semua bahagian badan aku nak pahala lebih hari ni. nak keje kuat nak nolong orang. alhamdulillah.

11.45 am

Mula bergerak semula ke depoh simpanan bantuan banjir. tak jauh dari bandar karak. matahari masih menyinar dan semakin terik membakar kulit. perit gak la. dah makan. perut kenyang. mata pun melayu menguyu hampir nak syahid..dan akhirnyaaa....belayar sudah

12.30 pm

Sampai ke Bilik Gerakan Banjir Cakna Anak Pahang, Temerloh. kami disambut oleh encik nizam, kawan ustaz. lawyer encik nizam ni. opis dia kat bandar temerloh. office firm dia pun banjir. tingkat dua tu. semua dokumen hanyut. mak dia sakit kat chenor. dia tak leh lama dengan kami, kena balik kampung dalam 50km nak tengok mak sakit. dugaan besar jugak untuk encik nizam.

Kami pun angkut barang-barang kami masuk depoh. terus agih-agihkan barang makanan yang mana ada. wah memang penat. keje macam robot. nak cepat. nak hantar terus ke pusat permindahan sekitar temerloh. siap jer kami agih bahagian kami, datang lagi dua lori 5 tan hantar barang bantuan. syukur. cuma macam tak puas kalau tak boleh serah sendir pada mangsa. sekadar packing kan saja. tapi itu pun dah cukup berbangga dah aku.

1.30 pm

Selesai packing barang, lepaking kat belakang depoh..posing-posing bersantai amik angin. luruskan pinggang betulkan lutut selesakan leher then terus bergerak ke masjid untuk solat zohor. kami berempat kibar bendera jepun. aku, cikalin, amal and wani..ustaz memang tak ade bendera, ustaz dengan ruqaiyah bendera malaysia. maka kami berempat melepak kat pondok atas bukit kat masjid..wahhh angin menyepoi-nyepoi..nyaman sungguh.. on the way tadi nampak jugak air banjir dalam bandar mentakab. sunyi sepi bandar. semua orang ntah kemana.

2.30 pm

Balik semula ke depoh. nak join hantar barang bantuan ke mangsa banjir. terpaksa join group PKR. Yb Tan Chua dengan Yb Elezabeth Wong. bosan aku nk join derang. biasa lah orang politik. tau la nak hantar barang bantuan. barang ko lak banyak. tapi memang kurang sangat keberkenanan aku dengan geng politik ni. dah la kurang mesra..huhu sesangat bosan. tapi nak buat macam mana. nak hantar jugak barang kami ke mangsa. kami kena sabar lah.

3.00 pm

Kami bergerak berkonvoi ke Kampung Batu Kapur, Temerloh. van kami parking belakang sekali. tak moh join derang berpolitik. first time dalam hidup aku menyapa orang bagi air kotak. yang menghairankan aku apesal la derang ni macam nak tak nak mesra ngan aku yang cun ni. pelik aku ni, last-last aku tanya group makcik and pakcik yang bersandar kat kereta depan rumah kuning dua tingkat yang tingkat bawah memang dalam air. mujur dua tingkat. rupa-rupanya makcik pakcik ni ingatkan kami ni sama geng dengan si biru laut tu. dan dan aku menidakkan. "eh tak pakcik, kami bukan dengan derang. kami datang sekali sebab kami tak tau area sini. kebetulan jer kami sampai dan derang pun sampai. tu yang datang sekali. kami ni ngo dari shah alam. tak de kaitan lalu dengan derang".

Baru la aku tengok muka derang lain. lega koi. "macam ni la.klo nak bagi, bagi kat tangan kami. kami tak kan mintak-mintak. kalau nak bagi la semua. ni nak senarai nama semua. takde la kami nak legi amik." ooo gitu ker. nak amik bantuan kena bagi nama juga ke. haii susah orang kalau semua menda nak dipolitik matematikkan. nama jer duk dalam negara deplomasi demokratik. tapi macam semua nak kena kritik jer.

Memang sedih tengok rumah dalam air. tanah kubur tenggelam. tengok sorang pakcik ni termenung kat tangga rumah. separuh rumah dah tenggelam. tinggal rumah yang besar jer ok lagi. mana la saudara mara yang lain. dengan bekalan air api nyer yang takde. hai..berat sungguh. ini baru sikit, yang tempat lagi teruk aku tak boleh la nak bayangkan. yang kesian bebudak dengan orang tua laaaah..huh..syukur aku bernasib baik dari derang ni.

 5.00 pm

Kami bergerak balik ke shah alam. semua dah penat..maka semua naik kapal belayar.aku masuk kapal selam..terus hilang..singgah kat genting sempah..makan. ustazah belanja buah berangan rebus..hanya kerana berangan rebus, riuh dalam van..macam-macam kisah buah berangan keluar. tapi memang sedap berangan ni. abis cerita berangan..sambung tidur..selamat.

7.30 pm

Singgah shell tol jalan duta solat maghrib bagi yang solat. kami melepak dalam van. tengah duk syok rancak cite bab orang gile seks dalam bas..tetiba ustaz masuk van..hhahahha..terencat semua. susah jugak kan..penat nak kontrol..huhuhuhu..

9.30 pm

Sampai jalan kebun. alhamdulillah..

Begitulah seharian kami dalam misi bantuan untuk mangsa banjir. inshaAllah kami dalam perancangan untuk turun semula minggu depan. hari ni hari mereka yang susah, kita datang membantu. inshaAllah di suatu ketika, saat kita memerlukan pertolongan ada yang akan sudi menghulurkan tangan. kalau bukan kita yang dibantu mungkin ahli keluarga kita yang akan ditolong. InshaAllah. Amin


 Barang bantuan banjir dalam van DARWA



 

 

Geng memunggah barang bantuan ke depoh bilik gerakan banjir..bakpe gambo koi takde ni?

Tudung biru baju biru tu la Ustazah Hazlina, orang paling bersemangat sekali. Syabas!!

Mengagihkan barang-barang makanan untuk dihantar ke pusat permindahan sementara sekitar Temerloh. Aku buat keje paling laju sampai tak masuk dalam gambo..huh

Lori penuh muatan barang makanan sampai dari Selayang, satu lagi lori on the way.Alhamdulillah

Nampak tak betapa ayu nyer mereka..kemain berkepit sekalian. tak tahu tu sebelum tu belaka bersepah-sepah..hahahaha





Keadaan banjir di Kampung Batu Kapur, Temerloh. Ada lagi gambo lain, tapi takpe lah..layan jer la gambo yang mana ada..


...koi





No comments:

Post a Comment