Biarkan bunga ku MEWANGI, selamanya....
Tetiba ya "MEROYAN" boleh menjadi episod bersiri. Dah nak buat guane kalau sekiranya ketidakpuasan hati menjadi raja sebuah negeri bernama nyawa. Nak tunjuk protes? Nak memberontak? Nakkan perhatian? Nakkan penghargaan? Tiada guna dan langsung tak bermakna kalau buat sekadar nak mengambil hati orang, nakkan pujian, nakkan orang memandang kita, nakkan orang merasa keberadaaan kita dan nak nak pulok orang itu adalah AKU??..huh memang idak laaaaa
Harab maklum..andai itu yang awak mahu daripada saya yang cantik lemah lembut gemalai bersopan santun bebudi pekerti inshaAllah masih dalam usaha untuk menjadi lebih baik, memang SALAH SILAP beso.
Saya tak suka dibodek sebab saya cukup menyampah untuk membodek, rasa macam nak muntah hijo merah kuning biru laut tengok manusia merendahkan diri semata-mata nak minta perhatian murahan. Saya jarang memuji orang sebab tidak mahu pujian itu memakan diri dan saya memang tidak minta untuk dipuji walaupun kekadang ia memang layak mendapat pujian kerana saya bukan sesiapa yang harus diberi puji yang bilamana pujian itu hanya membawa saya kepada takbur lupa diri dan akan merosakkan saya yang lemah ini. Saya tidak suka memberi perhatian sangat kepada sesiapa, tapi tidak bermakna saya tidak mengambil berat tentang dia, kerana saya lebih suka menjadi seperti angin bayu yang meniup lembut dan memberi nyaman dimana kehadiran saya tidak disedari tapi dirasai oleh dia. Tetapi jangan terlalu demand dengan angin bayu yang nyaman ini, sebab bila-bila masa ia mungkin berubah bertukar menjadi ribut taufan petir berdentum dentam kilat sambar menyambar dan barangkali mungkin boleh membawa kemusnahan yang dasyat. Jangan harab awak inginkan saya memandang awak, sekiranya awak sekadar memakai topeng kepuraan kura-kura semata-mata.
Tiada guna kita mahukan perhatian orang kalau ia sekadar menyakitkan diri sendiri dan hati kita sekiranya kita tidak dihargai. Melemahkan jiwa dan sistem mental dan badan jer. Jangan jadi bodoh untuk memuaskan hati manusia. Bila orang tidak memandang, kita yang bengang. Maruah kita tercalar dan hati tak tenang duk siang malam memikir tentang orang. Orang-orang dan orang. Mengabiskan masa dan boras orang.
Dan yang paling penting cik adik sayang, kalau tak puas hati baik bertentang. Bior bertepuk tampar meja sampai berlubang. Jangan duk cerita al kisah sang kancil kat belakang. Dulu masa ada peluang kenapa nak sia-siakan. Sudah jauh tak terjangkau dek mata, baru nak melepaskan rasa dan geram.uishhh ingat saya heran kueh benderam. Uishh memang salah orang.
Jangan mudah berprasangka buruk. Jangan mudah nak salah faham. Jangan buat spekulasi haram. Jangan duk buat kesimpulan simpulan awal. Mungkin sekarang yang buruknya orang, tapi lambat laun akan pulang kepada tuan punya badan.
Dan tanya lah diri sendiri, untuk apa dan siapa itu semua. Tujuannya kemana. Kekal ke???
Sesungguhnya tiada yang kekal selamanya..selain DIA..ampun ya rabb
Dan sekarang aku yang meroyan dah tak tentu hala pasal..huwawaaahhhh....
...koi