Saya ni memang banyak cerita tapi tak tau nak start part mana dulu. walaubagaimanapun disebabkan kawan cum sahabat cum teman itu yang punya angkara hingga saya pun tetiba ada blog sendiri, maka saya akan cerita tentang dia..nasib la cikta nak buat macam mana dah hang yang bagi idea kat aku kan.
Kenal dengan cikta sebab tersatu bilik masa kat UTMKL.(dah makin cantik yer UTMKL kita skang kan cikta, dulu..ermmm penat). Bilik no. 15 betui-betui depan tangga. Blok H, Fatimah Azzarah bukan blok hantu ok..tp cite hantu banyok..ishh ngeri.tu nanti kita cerita episod lain..Blok kami sebelah blok papan...huhu mujur kita tak parking blok K kan cikta...hehehe.aku sampai dah dekat maghrib kat bilik.habis kerabat, mak, akak, kak ipar, kawan akak aku, adik aku masuk bilik.dia and sorang lagi kawan bilik aku dah siap kemas barang.sorang lagi kawan aku tu dari kuantan.sama kos dengan cikta.tapi lepas 2 minggu berenti sebab tak dapat nak bawak kos tu.kalau pikir nak bawak memang tak larat laa..aku dengan cikta pun bertahan ajer.
Cikta..sama tinggi jer ngan aku, sama kecik (dulu la skang aku mendahului angka timbangan), sama dari kampung,cikta perak aku pahang, sesama amik kos yang tak tentu hala kat UTM, main isi jer borang, cikta amik penilaian harta tanah, aku pengurusan teknologi, sesama tak berapa nak ada soul time blajo, sesama tak tahu hala tuju lepas blajo, sesama keje tak berapa nak relevan dengan kos, sesame gak tak sambung lepas diploma.
Duduk laa kami kat hostel setahun. disebabkan kami 'sangat aktif' di hostel maka, tahun kedua kami bepindah ke rumah sewa. menyewa la kami di setiawangsa. dekat sejam gak la kalau nak pegi kelas.sempat laa mengigau dua tiga cite dalam bus interakota. duduk rumah sewa 9 orang. rumah selesa beso begaung. kami duduk sebilik gak dengan dua orang lagi kawan sekos dengan aku.
Cikta ni pendiam tapi peramah orang nyer. serius weh sangat sopan santun berbudi bahasa.cakap lembut jer.kalau kat talipon haduiii memang...ayu.hormat orang tua. cikta suka layan orang-orang tua berborak.boleh jadi menantu yang baik.inshaAllah. selalu berbaik sangka dengan orang. selalu mengingatkan aku ni ha..huh aku ni alpa sket orang nyer. tak brape banyak cakap sangat, tapi....berhati-hati la time dia tetiba ade mood nak bercakap banyak. ada la tu angin berpusing puting beliung mana yang akan datang. sekali dia keluar sound effect dia boleh penin beb and ayat-ayat cikta boleh menusuk tembus terus ke hulu hati. makan dalam weh. habis limpa buah pinggang semua bergegar..boleh bayang sendiri la kan bagaimanakah keadaan nyer itu. tapi DIA SANGAT BAIK. SAHABAT YANG SANGAT BAIK. saya tak pernah ada kawan sebaik dia.moga persahabatan ini kekal ke akhir hayat..ameen
....cerita cikta akan bersambung di episod 2, 3 dan seterusnya
koi...
jumaat , 25 april 14
Dr Fadzilah Kamsah kata.. dia lahir bulan dimana orangnya suka menegur kesilapan orang lain & mengkritikk sangat sensitif yang tidak diketahui.. antara la.... hahaha... :p.. jangan puji dia lebih2.. dia cakap dia tak suka sebab hanya dia sahaja tahu dia macam mana.. ceq sampaikan jer... hahaha.. tak boleh tahan ayat.. :P
ReplyDelete