Thursday, 15 May 2014

EPISOD 4 - DI SUATU MALAM YANG HENING


Kruk..kreeekk..kuk..kek..kruuukkk..cruuutttt…uishhhh
Senak weh..berpeluh dingin kat dahi..naik bulu roma satu badan..meremang-remang dah ni..menahan-nahan..aduiii..ni yang tak tahan ni…bertahan bertahan and tahan tahan kin oiii..pukul brape ni..haduii
Glup..hati berdebar.. buka mata..tahan nafas..hempus perlahan..tarik nafas semula..dan hembus..tapi memang dah tak mampu tahan dah ni..mahu bersempur atas katil ni kang..aku mungkin boleh tahan bau dia (boleh tahan ke?) tapi lagi dua orang makhluk Allah ni boleh tahan ker..huhu..bergerak dan bertindak segera!!
“Eta..eta..weh teman aku pegi toilet..sakit perut beb..eh aku pegi dulu ko teman ek”. Tak menoleh. Buka pintu. Pecut 1000 meter. Muka bekerut. Dah nak terkincit dah. Tapi kenapa toilet macam jauh jer niiiii!!!
Huh..huh..lega..sunyi sepi..tap..tap. bunyi air kat sinki..hehehe macam tak hengat ape dah tadi. Seram sejuk lak aku..tetibaaa
“Kin, ko lama lagi ker? Aku kat luar ni”. Lega koi suara cikta.
Sambil menahan lazat membuang aku jawab, “Jap eta..sikit lagi eh”..senyap seketika.
“Kin..ko ok ker.jangan lama sangat.aku sorang-sorang kat luar ni”. Alahai kesian lak cikta. Aku pun sorang-sorang gak kat dalam ni. Tapi tak kan nak bedua lak. Bengong. Tapi isi perut aku nak keluar lagi..huhuhhhhh
“Ok. Kejap. Last push ni..”
Aku sorang kat dalam. Cikta sorang kat luar. Korang paham-paham jer laa kan. Dengan sunyi sepi semua orang belayar kelaut merah membiru menguning.  Aku dengan cikta..sorang tegak kat pintu besar toilet. Sorang lagi? Aii tak kan nak explain kan. Dalam bilik kecik membuat proses pemecerutan sisa-sisa yang tak sempat-sempat nak mengalir keluar pada keesokan harinya. Emergency. Parking  kat tempat paling tragis kalau dalam cerita seram. Wanted area. Adegan paling mendebarkan. Dengan panjutan air tetiba..huh sakit lak ulu hati aku!
Ok done..”Cikta aku dah siap. Jap aku kuor”. Aku lega konpem cikta pun lega.
Aku keluar dengan mantap dan lega sambil usap-usap perut tambah lenguh kat peha tambah perit sikit-sikit kat hujung-hujung perut. Standard la tu kalau dah cirit birit berair cair tak hengat. Fuh mengah saya.
Aku sengeh kat cikta. Cikta tak sengeh pun kat aku. Tak terase pun. Spek tak pakai. Tak brape nampak kat aku la tuh. Muka ngantuk plus takot-takot. Bukan cikta jer aku pun takot. Giler ko tak takot lepak kat tempat gini memalam buta ni. Aku jenguk kaki cikta. Sah dua kaki 10 jari. Kontot-kontot and montok-montok dan paling penting jejak simen. Konpem dah cikta. Risau jugok kot bawak orang lain lak masuk bilik. Lagi haru menghijau membiru..
Mekasih cikta. Bukan pintaku perut ku berputar-putar menunjal-nunjal nak memancut keluar. Sudah penat aku berperang menahan tapi takdir penentu ia mahu keluar juga malam itu.Maaf sesangat menyusahkan ko pada malam tersebut tapi episod ini akan ku kenang hingga akhir hayat aku. Muah muah muah untuk cikta..hehehe

Monday, 5 May 2014

Muallaf & Kita

Ustazah aku bagi tau setiap daripada kita wajib berdakwah dan mengajak orang bukan Islam untuk masuk Islam. 'Aku pernah ker ajak sesape ek masuk Islam? Macam takde jer..huh..' terdetik lak aku.

Ustazah aku sambung lagi, "Sekarang orang bukan Islam masuk Islam bukan disebabkan kita orang Islam. Kita orang Islam tidak menunjukkan ciri-ciri seorang Islam yang betul-betul Islam sehingga kita sendiri merasakan tidak layak untuk mengajak orang bukan Islam untuk masuk Islam. Mereka masuk Islam kerana kebenaran dan kehebatan Al Quran bukan kerana kita umat Islam. Sedangkan zaman Rasulullah dan para sahabat, orang kafir masuk Islam kerana keindahan akhlak Rasulullah dan sahabat serta umat Islam dan barulah mereka mengenal al Quran .

Kerana itulah orang-orang yang mahukan kita murtad dan meninggalkan Islam akan menyerang kita bukan dengan mempertikaikan kitab kita al Quran, memang mereka akan kalah teruk tetapi melalui baik sikap dan akhlak terpuji. Melayan dan menyatuni orang-orang Islam sehingga kita terpaut dengan sifat baik mereka dan ambil berat mereka lalu kita pun terpedaya dengan sikap itu. Lumrah manusia sukakan diri dilayan dengan baik dan di hormati. Malangnya sikap ini kurang diamali dikalangan kita umat Islam. Malah masyarakat antarabangsa mula melabel kita sebagai pengganas dan suka memberontak. Mereka tidak nampak kecantikan Islam melalui kita umat Islam.

Tapi, ramai orang bukan Islam masuk dan menjadi seorang Islam yang lebih baik daripada kita disebabkan kehebatan dan keindahan al-Quran itu sendiri. Malu kan kita. Orang-orang Islam kita murtad bukan kerana kitab mereka tapi layanan baik mereka tapi orang bukan Islam masuk Islam bukan kerana kita yang Islam ini tapi kitab kita, al-Quran. Itulah mukjizat besar kitab Allah ini.

Sama juga dengan kes muallaf. Bila ada orang bukan Islam masuk Islam, selain kita merasa gembira, kebanyakan daripada kita mahu mereka terus mengamalkan syariat Islam sepertimana yang kita buat. Ada yang suruh tutup aurat lengkap, solat lima waktu terus, mengaji sampai khatam. Padahal perkara-perkara tersebut tidaklah wajib bagi mereka sebab mereka dalam proses belajar. Sedangkan Nabi berdakwah mengukuhkan akidah percaya kepada kewujudan Allah di Mekah sahaja pun mengambil masa 13 tahun. Kita terlalu risau dengan muallaf ini sehinggakan semuanya perlu diajarkan sedangkan kita seperti buta melihat saudara seIslam kita yang telah lama hanyut dan lupa diri seorang Islam. Adakah kita pernah mengajak mereka kembali kepada Islam?"

Sekadar mengingati diri sendiri yang terlalu banyak kurangnya dengan ilmu. Ampuni aku Ya Allah..

koi...